10 Item Yang Perlu Ada Bagi Make Up Beginner. Item #3 Dan #10 Paling Digemari!

10 Item Yang Perlu Ada Bagi Make Up Beginner. Item #3 Dan #10 Paling Digemari!

Makeup

Wanita dan barang mekap tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita mesti mempunyai barang mekap sekurang-kurangnya compact powder dan lipstick bukan? Sudah menjadi lumrah wanita ingin kelihatan cantik. Remaja perempuan seawal usia 12 tahun juga sudah mula menjinakkan diri dengan barang mekap pada zaman sekarang ni.

 

Bagi yang baru nak mula menggunakan barang mekap pasti runsing item apa yang harus dibeli dulu. Dengan lambakan produk-produk mekap di pasaran akan menambahkan lagi kerunsingan kamu bukan? Jangan risau, entri kali ini Ohfesyen akan membantu menyenaraikan 10 item yang perlu ada bagi mereka yang baru nak menggunakan barang mekap atau dipanggil ‘Beginner’.

 

#1 BB Cushion

1

BB Cushion adalah produk yang terbaik bagi seorang beginner. Ini kerana ia didatangkan sekali dengan span jadi kamu tidak perlu membeli berus foundation atau beauty blender.

#2 Concealer

2

Concealer berfungsi untuk menutup lingkaran gelap bawah mata dan segala bintik-bintik yang membuatkan kulit kamu tidak kelihatan flawless. Bagi yang memiliki kulit yang cantik, kamu mungkin tidak memerlukan BB Cushion kerana apa  yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang flawless adalah concealer!

#3 Loose Powder / Pressed Powder

3

Ramai yang bertanya apakah kegunaan loose powder atau pressed powder dan apa beza kedua-duanya? Sebenarnya kedua-duanya sama sahaja kerana ia berfungsi untuk set mekap anda dan membuatkan mekap anda kekal cantik sepanjang hari. Bezanya cuma pressed powder akan terasa sedikit berat jika kamu menggunakan span untuk memakainya tapi kamu boleh menggunakan berus powder dan sapukan dengan lembut pada muka kamu. Pressed powder juga mudah untuk dibawa.

#4 Eyebrow Pencil

4

Kening memainkan peranan yang penting untuk keseluruhan mekap kita. Tanpa kening yang sempurna, keseluruhan mekap kita akan kelihatan tidak sempurna. Bagi beginner, tidak mengapa jika tidak mahir untuk membentuk kening kerana kamu boleh belajar dan praktis sehingga kamu mahir. Selain itu, eyebrow pencil adalah lebih mudah digunakan berbanding eyebrow cream.

#5 Gel Eyeliner

5

Terdapat pelbagai jenis eyeliner yang dijual di pasaran: gel, liquid, pencil dan sebagainya namun gel eyeliner adalah yang terbaik dan mudah digunakan untuk beginner. Kenapa ? Kerana gel eyeliner paling mudah untuk digunakan dan memberi kamu lebih kawalan berbanding pencil dan liqiud. Tidak mudah bagi seseorang beginner untuk menghasilkan eyeliner yang sempurna jadi cara terbaik untuk belajar menghasilkan eyeliner yang sempurna adalah dengan menggunakan gel eyeliner dengan berus eyeliner.

#6 Eyeshadow Dengan Tona Earthy

6

Ramai beginner yang takut untuk menggunakan eyeshadow kerana mereka takut tidak dapat mengawal penggunaan eyeshadow dan membuatkan mata mereka kelihatan selepas baru sahaja kena tumbuk. Jadi untuk mengelakkan daripada berlaku adegan sebegini, kamu disarankan untuk membeli satu eyeshadow palette dan praktis sekerap mungkin cara untuk mengaplikasikan eyeshadow dan warna yang sesuai untuk kamu guna adalah nude dan coklat kerana warna ini mudah untuk diuruskan dan sesuai untuk beginner. Blending juga adalah perkara penting bagi mengaplikasikan eyeshadow untuk mengelakkannya kelihatan cakey dan comot.

#7 Mascara

7

Mascara adalah yang paling mudah untuk digunakan berbanding eyeshadow dan eyeliner. Tidah perlu lukis atau blending, hanya perlu sapukan pada bulu mata anda dengan menggunakan berus yang sudah tersedia. Namun mascara juga mampu mendatangkan masalah juga ketika kamu memakainya. Kadangkala mascara akan berketul dan memberikan kesan hitam pada kelopak mata kamu jika kamu membuka mata kamu dengan cepat selepas meyapunya. Sedikit tip adalah untuk menutup mata kamu untuk beberapa saat selepas menyapu mascara untuk mengelakkannya dari berketul dan meninggalkan kesan hitam.

#8 Eyelash Curler

8

Bila ada mascara haruslah ada eyelash curler. 2 item ini seperti sahabat baik yang tidak boleh dipisahkan. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk belajar cara untuk melentikkan bulu mata.

#9 Blusher

9

Blusher adalah mekap produk yang selalunya berwarna pinkish yang digunakan pada bahagian tulang pipi. Jangan menyapu blusher dengan terlalu banyak kerana warna pink pada pipi kamu akan sangat ketara dan membuatkan mekap kamu tidak seimbang. Cukuplah sekadar untuk memberikan lebih effect kepada struktur muka kamu.

#10 Lipstick

10

Perkara yang paling terakhir dan muktamad yang perlu ada – tidak diragukan – lipstick! Jika kamu tidak pernah menggunakan lipstick sebelum ini, kamu mungkin akan jatuh cinta setelah memakainya. Jadi bagi beginner, kamu disarankan untuk memilih lipstick dengan tona coral kerana ia tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap serta sesuai untuk mekap natural harian.

 

Jadi dengan adanya 10 item tersebut, maka bermulalah perjalanan kamu sebagai mekap beginner. Untuk mendapatkan mekap yang sempurna dan menjadi seorang yang ‘Expert’ kamu perlu mempraktiskan hari-hari. Kemudian bolehlah kamu menambah item lain dalam list barang mekap kamu seperti primer, foundation, higlighter, shading dan sebagainya  serta bolehlah bermain dengan warna-warna lain selain dari tona nude dan earthy.

 

Dikongsi dari : Jessica Chaw