10 Lokasi Majlis Perkahwinan Trend Masa Kini. Sesuai Untuk Tema ‘Garden Wedding’!

10 Lokasi Majlis Perkahwinan Trend Masa Kini. Sesuai Untuk Tema ‘Garden Wedding’!

Wedding

Seperti sudah menjadi trend, bakal pasangan raja sehari memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di villa atau banglo berbanding dewan atau hotel. Villa atau banglo menjadi pilihan kerana banyak kemudahan yang disediakan terutamanya penginapan untuk bakal pengantin dan keluarga yang jauh lebih menjimatkan berbanding hotel selain pakej perkahwinan yang lengkap yang ditawarkan oleh pengusaha atau pemilik villa atau banglo tersebut.

 

Ohfesyen pada entri kali ini menyenaraikan beberapa buah villa dan banglo di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang boleh dijadikan lokasi untuk pasangan yang akan berkahwin mengadakan majlis perkahwinan mereka. Semuanya cantik-cantik dan sesuai untuk majlis yang bertema ‘Garden Wedding’. Semoga boleh dijadikan panduan untuk bakal raja sehari memilih lokasi majlis perkahwinan nanti!

#1 Orchard Villa, Gombak

001

Pernah menjadi lokasi majlis perkahwinan penyanyi terkenal Malaysia, Hazama, villa ini terletak di Gombak, sesuai bagi mereka yang inginkan majlis berkonsepkan flora dan fauna. Boleh memuatkan sehingga 700 orang tetamu pada satu masa. Mempunyai kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas, surau, bilik Diraja/VVIP dan bilik persalinan.
Website – Orchard Villa, Gombak

#2 Laman Warisan, Putrajaya

001

Terletak di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya berdekatan Alamanda Putrajaya, tempat ini boleh memuatkan sehingga 280 tetamu pada satu masa. Disertakan dengan kemudahan tempat letak kereta, surau dan bilik VIP. Berkonsepkan Warisan dan Klasik Decor Melayu dengan ruang yang terbuka dan nyaman, amat sesuai untuk mereka yang inginkan majlis ala-ala Melayu Klasik. Mereka juga turut menyediakan sesi fotografi percuma di dalam dusun.
Website – Laman Warisan, Purajaya

#3 Lake Cempaka Villa, Bangi

001

Terletak di Bangi, berkonsepkan ‘Outdoor’ di tepi tasik, Lake Cempaka Villa boleh memuatkan sehingga 800 orang tetamu. Mempunyai dua bahagian iaitu ‘indoor’ dan ‘outdoor’ untuk para tetamu menjamu selera. Dilengkapi kemudahan tempat letak kereta, surau, bilik VVIP dan bilik persalinan.
Website – Lake Cempaka Villa, Bangi

#4 The Wedding Heritage Palace, Jalan Semarak

001

Sebuah banglo resort ala-Bali berkeluasan 20,000 kaki persegi yang menawarkan perkahwinan yang eksklusif, terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Boleh memuatkan sehingga 1000 orang tetamu dengan susunan meja tetamu dalam banglo yang berhawa dingin memberikan keselesaan pada tetamu dari berpanas dan berhujan. Dilengkapi dengan kolam renang dan landskap resort yang indah serta bilik pengantin yang eksklusif. Dilengkapi juga dengan pakej perkahwinan lengkap dari busana, pelamin, makeup artis, makanan dan PA sistem.
Website – The Wedding Heritage

#5 The Wedding Heritage Bungalow Kota Damansara

001

Sebuah banglo dua tingkat ala-Mediterranian yang pasti menawan hati, sesuai untuk majlis perkahwinan yang eksklusif. Dilengkapi dengan penghawa dingin, banglo ini boleh memuatkan sehingga 2000 orang tetamu. Mempunyai empat buah bilik yang dilengkapi perabot, bilik pengantin yang eksklusif, ruang solat dan ruang keluarga, banglo ini turut menyediakan khidmat homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga didatangkan dengan pakej perkahwinan lengkap.
Website – The Wedding Heritage

#6 The Wedding Heritage Orchard Putrajaya

001

Cawangan lain bagi The Wedding Heritage yang terletak di Putrajaya. Sebuah banglo dua tingkat berkeluasan dua ekar dengan landskap yang cantik dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya boleh memuatkan sehingga 3000 orang tetamu. Turut menyediakan perkhidmatan homestay bagi keluarga yang ingin bermalam dan membuat persiapan majlis. Juga mempunyai 4 buah bilik dilengkapi perabot, bilik pengantin, ruang solat dan ruang keluarga.
Website – The Wedding Heritage
Facebook – The Wedding Heritage Bungalow

#7 Sangkot Garden

001

Terletak di Hulu Langat, Selangor, sesuai untuk majlis perkahwinan dalam taman dan perkahwinan berkonsepkan Melayu tradisional kerana terletak di tengah-tengah perkampungan Melayu. Boleh menempatkan seramai 1000 ke 2000 tetamu, Sangkot Garden turut menyediakan pakej perkahwinan dari segi pelamin, makanan, kanopi, kerusi dan meja termasuklah bilik persalinan pengantin, bilik tamu, PA sistem dan penginapan homestay selama satu malam bagi memudahkan bakal pengantin dan keluarga membuat persiapan majls.
Facebook – Sangkot Garden

#8 A-Park

001

Keindahan semula jadi A-Park yang terletak di Puchong menawarkan suasana yang indah untuk majlis perkahwinan. Tasik dan rumput yang mengelilingi Cottage Inggeris dan Lake House memberikan latar belakang yang menakjubkan untuk fotografi. Tapak taman dan marquee menawarkan ruang dan keselesaan untuk majlis perkahwinan dalam taman yang tidak dapat dilupakan. A-Park turut menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap dengan buffet katering, Lakehouse untuk kemudahan bakal pengantin dan keluarga bersiap, kanopi, meja, kerusi, PA sistem dan pelamin.
Website – A-Park

#9 Villa Cinta Nirwana

001

Dimiliki Nirwana Caterer & Deco, villa ini terletak di Jalan Kuari, Sungai Long, Hulu Langat. Lokasi yang dikelilingi suasana kehijauan dengan udara yang nyaman, ditemani bunyi burung berkicauan serta dikelilingi pokok buah-buahan pasti menjadi idaman bakal pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman. Nirwana Caterer & Deco turut menyediakan pakej perkahwinan lengkap bagi sesiapa yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di Villa Cinta Nirwana. Pakej tersebut termasuklah makanan dan minuman, kanopi, kerusi, meja, set buffet, pelamin dan dekorasi, set persalinan pengantin dan make up, PA sistem, sesi fotografi dan penginapan selama 2 hari 1 malam di Villa Cinta Nirwana.
Facebook – Nirwana Caterer & Deco
Pandangan 360° – Villa Cinta Nirwana

#10 Daza Villa Wedding Hall

001

Baru beroperasi selama setahun, Daza Villa Wedding Hall terletak di Jalan Kampung Perepat, Klang Selangor. Lokasi yang sesuai bagi bakal pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dengan suasana kampung. Daza Villa Wedding Hall turut menyediakan pakej perkahwinan yang merangkumi dewan berhawa dingin, pelamin dan dekorasi, meja dan kerusi, makanan, minuman, kek pengantin, PA sistem dan penginapan. Antara kemudahan lain yang terdapat di Daza Villa Wedding Hall ialah tempat letak kereta, surau dan bilik persalinan.
Instagram – Daza Villa Wedding Hall