10 Sebab Kenapa Pakai Mask Jadi Trend Di Korea

10 Sebab Kenapa Pakai Mask Jadi Trend Di Korea

Artis, Out & About

Kalau di Malaysia, orang hanya akan memakai mask jika mereka ada sebarang penyakit contohnya tibi, batuk atau persekitaran yang berdebu, berasap dan sebagainya.

Lain pula di negara Korea, ramai selebriti yang memakai mask hampir setiap masa. Ianya bagaikan satu trend apabila semakin banyak jenama, bentuk dan rekaan yang dikeluarkan di Korea mendapat sambutan hangat sehingga menjadi ikutan orang ramai.

 

Oleh itu, mask telah menjadi budaya baru di Korea kerana setiap lapisan masyarakat gemar membeli mask yang pelbagai warna dan rekaan. Jualan mask meningkat antara musim luruh, musim bunga dan musim sejuk.

 

Namun adakah anda tahu apakah kelebihan memakai mask bagi orang Korea? Jom ikuti kebaikan memakai mask bagi pandangan orang Korea.