10 Senarai Model Antarabangsa Yang Meraih Pendapatan Tertinggi. Who’s The Highest?

10 Senarai Model Antarabangsa Yang Meraih Pendapatan Tertinggi. Who’s The Highest?

Out & About

Nampak gayanya Kendall Jenner akan mendapat banyak ucapan tahniah kerana dia baru saja diumumkan sebagai the highest-earning model in the world, sumber daripada Forbes.

 

800

Model berusia 22 tahun ini telah mendapat tempat pertama di dalam senarai tersebut, yang dipegang oleh model seksi Brazil Gisele Bundchen selama 15 tahun, semenjak tahun 2002. Dan buat pertama kalinya dia tidak mendapat tempat pertama tahun ini.

 

Kendall memperoleh pendapatan sebanyak USD22 juta sejak tahun lalu, di mana dianggarkan datang daripada jumlah pengikutnya yang ramai di Instagram serta kontrak bersama Estée Lauder, Adidas, dan La Perla.

2 800

 

Selain itu, rancangan realiti keluarganya, Keeping Up With The Kardashians serta jenama fesyen bersama adiknya, Kylie Jenner ‘Kendall + Kylie’ turut sama menyumbang kepada pendapatannya, kata Forbes.

Sebagai perbandingan, pendapatan Gisele hanya sebanyak USD17.5 juta saja di mana ia jatuh sebanyak 43 peratus daripada tahun 2016 selepas tidak melakukan banyak kempen fesyen pada tahun ini.

3 800

 

Chrissy Teigan juga telah memasuki senarai buat pertama kalinya, dengan pendapatan sebanyak USD13.5 juta yang datang daripada banyak kempen fesyen dan makanan seperti Smirnoff dan Vita Coco.

Adik-beradik cantik, Gigi dan Bella Hadid juga turut sama tersenarai buat kali pertama, dengan masing-masing memperoleh pendapatan sebanyak USD9.5 juta dan USD6 juta.

4 800

 

Menariknya, model curvy, Ashley Graham juga turut sama tersenarai dengan pendapatan sebanyak USD5.5 juta, sekali gus menjadikannya model bersaiz besar pertama yang disenaraikan.

5 800

Senarai Penuh Forbes’ World’s Highest-Paid Models

1. Kendall Jenner – USD22 juta

2. Gisele Bundchen – USD17.5 juta

3. Chrissy Teigen – USD13.5 juta

4. Adriana Lima – USD10.5 juta

5. Gigi Hadid – USD9.5 juta

5. Rosie Huntington-Whitely – USD9.5 juta

7. Karlie Kloss – USD9 juta

8. Liu Wen – USD6.5 juta

9. Bella Hadid – USD6 juta

10. Ashley Graham – USD5.5 juta

 

Kongsi dari : Cosmopolitan