10 Skincare Di Sephora Yang Mampu Milik. Tonic Serendah RM28!

10 Skincare Di Sephora Yang Mampu Milik. Tonic Serendah RM28!

Kecantikan

Siapa je yang tak tahu apa itu Sephora? Sebut je Sephora, semua perempuan boleh naik gila! Sephora store ni ibarat magnet. Bagi wanita, Sephora merupakan salah satu kedai yang wajib mereka masuk kalau ke mall. Kalau tak beli pun mesti nak mengusha-usha. Cuci mata pun jadi lah. Mana tahu ada item yang boleh dibeli kemudian hari?

Ada juga wanita yang tak berani nak masuk Sephora ni sebab bagi mereka item-item di Sephora semuanya mahal belaka. Lebih-lebih lagi produk skincare. Ya ke? Sebenarnya ada je antara produk skincare di Sephora yang memang affordable sangat! Harga yang murah berpatutan dengan kualitinya. Admin sendiri pernah beli beberapa skincare product di Sephora. Berbaloi-baloi!

#1  CAUDALIE Beauty Elixir ( RM65 )

KLIK untuk BELI

1

Caudalie beauty elixir ini berfungsi sebagai priming base dan setting spray selepas mekap untuk hasil yang smooth dan glowing. Boleh juga diguna untuk face mist bagi menyegarkan muka yang letih. Mengandungi rosemary leaf oil yang boleh melindungi sel kulit dari kerosakan yang berpunca daripada sinaran matahari. 

#2  PIXI Glow Tonic 15ml ( RM28 )

KLIK untuk BELI

2

Bertindak sebagai exfoliating toner yang mengandungi Glycolic acid. Glycolic acid berfungsi membuang sel kulit mati, melembutkan kulit, memperbaiki kulit kering dan kulit tidak sekata, mengurangkan parut jerawat.

#3  MARIO BADESCU Special Healing Powder ( RM73 )

KLIK untuk BELI

3

Sesuai untuk meredakan jerawat. Pakai setiap malam sebelum tidur. Kamu akan melihat keajaiban keesokan harinya!

Kebaikan healing powder ; Mengeringkan jerawat yang baru tumbuh, Bertindak sebagai loose powder untuk mengawal kilaun muka (biasanya dipakai pada step terakhir mekap), Mengelakkan alergi daripada bertindak, Mengurangkan kemerahan dan iritasi

#4  MARIO BADESCU Facial Spray With Aloe, Herbs, and Rosewater ( RM39 )

KLIK untuk BELI

4

Face mist yang sangat berbaloi dan membantu! Bertindak sebagai penyegar muka dan boleh dipakai walaupun pada muka yang bermekap. Facial spray daripada Mario Badescu ini untuk menghidratkan kulit pada bila-bila masa. Jadi boleh bawa face mist ni kemana saja korang pergi! Kalau rasa muka sangat letih dan kusam, boleh direct spray face mist ni.  Dengan ekstrak aloe semulajadi ini mampu menenangkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

#5 WILD PRODUCTS Vitamin C Facial Serum 30ml ( RM69 )

KLIK untuk BELI

5

Mengandungi Azadirachta Indica (Neem) Oil yang membantu untuk mengapuskan bakteria pada kulit, mengurangkan radang dan redness. High fatty-acid yang terkandung dalam neem oil adalah untuk mencegah dan merawat bekas jerawat dan ianya non-comedogenic

#6 CLINIQUE Moisture Surge Hydrating Supercharged Concentrate 15ml ( RM58 )

6

 Mengandungi antioxidants yang melembapkan kulit serta merta. Sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan pelembap ini menyerap dengan cepat. Apa yang lebih menariknya, mekap pun boleh tahan lama! Berdasarkan review daripada pengguna, ada antara mereka mengatakan pelembap Clinique ini mengecilkan pori-pori mereka. Why not give it a try? Terdapat dalam 2 size dimana RM 58 untuk 15ml dan RM150 untuk 48ml.

#7 SEPHORA COLLECTION Jelly Mask Moisturizing & Energising Vitamin Cocktail 6x6ml ( RM64 )

KLIK untuk BELI

7

Jelly mask untuk melembap dan mengandungi bermacam jenis vitamin; vitamins E and F, vitamin A and C derivatives, and provitamin B5 dimana ianya untuk melembapkan, memberi tenaga, tona kulit dan membuat kulit berseri-seri serta merta! Produk yang bebas daripada paraben, dermatologist tested, non-comedogenic

#8 PIXI Overnight Glow Serum ( RM121 )

KLIK untuk BELI

9

Serum untuk kulit untuk mengelupas dan melegakan kulit muka yang keletihan. Sapu serum ini pada waktu malam sebelum tidur untuk kulit yang lebih baik keesokan harinya. Serum yang mengandungi ekstrak aloe vera, glycerin (glycerol) dimana fungi glycerin adalah untuk merawat kulit berminyak, contohnya jerawat, infection, kedutan dan fine lines.

#9 FRESH Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF15 ( RM105 )

KLIK untuk BELI
10
Bestselling lip treatment juga terkenal dalam kalangan selebriti Hollywood! Lip treatment ini mengandungi bermacam jenis minyak termasuk meadowfoam, blackcurrant, Vitamin C & E untuk mengekalkan tahap penghidratan dan bibir lebih lembut (tak kering). Bahan yang bebas dari petroleum, mineral oils dan lanolin.

#10 FRESH Rose Deep Hydration Facial Toner ( RM205 )

KLIK untuk BELI

11
Walaupun harganya agak mahal, tetapi percayalah, THIS.IS.THE.BEST.TONER.EVER. Mampu mengembalikan kesegaran kulit muka dengan rose petals asli dan menghalusi pori-pori, membersihkan muka daripada kotoran. Kelebihan toner yang mempunyai kelopak bunga ros ini memberikan kelembapan asli kulit muka.