10 Tip Bijak Untuk Shopping

10 Tip Bijak Untuk Shopping

Out & About

Jangan Cepat ‘Mengalah’ Bila Membeli-Belah! Tip Bijak Ini Akan Bantu Memudahkan Kamu Shopping Dari Pagi Hingga Ke Malam.

shopping

1. Buat research seperti meninjau laman web gedung pakaian yang ingin kamu tuju. Dari situ kamu boleh lihat adakah pakaian yang dicari ada di sana. Jika tiada, teruskan saja ke gedung yang lain. Jimat masa dan tenaga!

2. Senaraikan barang yang kamu mahu beli. Pastikan tidak lebih dari 20 benda. Barulah mudah untuk mencari barang yang ingin dibeli.

3. Keluar awal dari rumah. Bila tiba di lokasi membeli-belah, kamu lebih mudah untuk memilih dan mencari barang yang masih tersusun kemas dan rapi berbanding di waktu petang yang kebiasaannya keadaan sudah agak tidak kemas lagi.

4. Memang menyarungkan stiletto buat kamu tampak seksi dan konfiden. Tapi untuk keluar shoppingsay no to stiletto. Pakai sepatu flat pun boleh kelihatan seksi. Janji selesa dan tak memenatkan!

5. Walau apa pun kemahuan kamu yang tak dapat dipenuhi itu, jangan buat  salesgirl itu sampai menyampah untuk berikan servis terbaik. Dia pun ada hati dan perasaan juga.

6. Minta pendapat teman lain walau pun keluar shopping bersendirian jika kamu tidak pasti untuk memilihnya. Inilah masa sesuai untuk kamu gunakan Instagram di fitting room.

7. Ceriakan hari dengan mendengar playlist berunsurkan fesyen seperti lagu dari Lady Gaga, Fashionataupun dari Ladytron, Destroy Everything You Touch.

8. Tinggalkan trolley mempercepatkan lagi proses shopping kamu itu. Lebih-lebih lagi waktu sale. Barulah boleh fokus tanpa perlu risaukan trolley kamu itu!

9. Pilih barangan lain yang ringan seperti dress atau pun top berbanding kasut dan aksesori. Ini memudahkan kamu untuk bawa barangan yang kamu mahu beli.

10. Kamu masih punya tenaga untuk lepak di kafé kegemaran sambil menghirup secawan kopi!

 

Foto: 123rf.com

Share dari : Cosmopolitan.my