12 Bintang Tercantik Hollywood Kongsi Tip Kecantikan Yang Mereka Amalkan

12 Bintang Tercantik Hollywood Kongsi Tip Kecantikan Yang Mereka Amalkan

Kecantikan

Umum tahu yang mana selebriti mempunyai akses terus dengan pakar dermatologi, facialist dan mekap artis terbaik di dunia, jadi pabila mereka berkongsi nasihat kecantikan, kita boleh ambil sebagai rujukan.

combine-1

Gambar : Sumber Google
 

Dari Kim Kardashian ke Zoe Kravitz dan ramai lagi, semuanya mendedahkan tip terbaik yang mereka terima sejak bertahun-tahun bergelar selebriti, dari cara mencuci wajah sebelum tidur ke pemakaian krim tabir suria dan pemeriksaan kulit dengan pakar dermatologi.

 

EH! kongsikan tip kecantikan terbaik yang diamalkan bintang Hollywood ini yang boleh diguna pakai buat rutin cantik anda.

 

Zendaya

Zendaya-Coleman-for-Allure-Magazine-2017

 

Penyanyi dan aktres, Zendaya mempunyai rahsia tersendiri dalam menaikkan seri wajahnya iaitu dengan mencampurkan pelembap kesukaan anda dengan beberapa pam cecair bedak asas pilihan anda serta pelembap tinted.

Nicole Richie

NYET924-118_2017_203113_hd

AppleMark
 

Nicole Richie tahu akan rutin kecantikan untuk kembara. Dia menyatakan, “Saya mempunyai rejimen cantik selama 15 minit untuk penerbangan yang mana termasuklah tetapi tidak terhad kepada :Latex Gloves, EO Lavender Sanitizing Spray, Ponaris Nasal Emollient, Lucas Papaw Ointment, Emergen-C, teh kesukaan saya, pelembap Biologique Recherce dan masker wajah.”

Kristen Bell

 

kristen-bell-at-tome-dinner-celebrating-white-shirt-project-and-freedom-for-all-foundation-in-los-angeles-01-12-2017_1

Kristen Bell menyarankan untuk cucian berganda, “Ia kedengaran agak rumit darinya. Ia hanyalah perlu mencuci solekan pada wajah terlebih dahulu dan kemudian menggunakan pencuci wajah, jadi ia berfungi untuk mencuci liang pori tanpa sebarang gangguan. Saya sukakan Neutrogena Naturals Purifying Makeup Remover Cleansing Towelettes dan selepas itu saya menggunakan berus pencuci Clarisonic untuk mencuci wajah.”

Kim Kardashian

GettyImages-683446042

 

Kim Kardashian menyatakan kulit sihat bermula dengan “Pelembap! Saya obses dengan pelembap yang pekat seperti Guerlain.”

Zoe Kravitz

zoe-kravitz-hbo-sbig-little-lies-premiere-in-los-angeles-2-7-2017-1

 

Facialist kepada Zoe Kravitz iaitu Terri Lawton mengatakan, “Makanan sangat memberi kesan kepada kulit. Sama juga dengan stres. Makan dengan baik dan cuba untuk tenang.”

Rosie Huntington-Whiteley

 

rosie-hw

Supermodel ini tahu yang mana terlalu banyak faktor mempengaruhi kulit kita. “Bagi saya, kulit yang sihat bermula dengan rutin kecantikan yang terbaik, melakukan rawatan wajah sekerap yang mungkin dan elakkan dari terdedah pada cahaya matahari. Itu adalah tiga perkara yang saya rasa mampu melakukan perbezaan, selain dari makan dengan betul, tidur dengan cukup dan diet yang baik.”

Karlie Kloss

121916-karlie-kloss

 

Supermodel Karlie Kloss yang obses pada penjagaan kulit mengatakan, “Saya lebih sukakan krim tinggi khasiat atau minyak – terutama sekali ketika musim sejuk, saya sukakan minyak argan. Bahkan, minyak kelapa digunakan pada kutikel, pada permukaan kulit dan juga pada rambut. Ia super natural dan ia mempunyai kualiti lemak yang benar-benar bagus untuk kulit kita. Saya juga memasak dengannya!”

Andie MacDowell

AndieMacDowellLoveAfterLovePremiere2017hcQXt3M5yRGl

 

Aktres, Andie MacDowell mengulangi kata-kata ibunya, “Gunakan krim tabir suria. Padahal dia membesar pada zaman yang lalu. Terima kasih kepadanya kerana dia saya tidak membiarkan kulit saya terbakar.”

Ashley Benson

 

image

Aktres Pretty Little Liars, Ashley Benson berkongsi habit baik dalam penjagaan kulit. Facialist kepada aktres ini sering menasihat untuk tidak menyentuh kulit, lebih-lebih lagi jika kulit sedang mengalami masalah jerawat kerana ia boleh jadi lebih teruk serta ia mudah untuk tumbuh di tempat lain, jadi biarkannya tidak terusik.

Lucy Hale

lucy-hale-hair-30-500x750

 

Aktres Lucy Hale berpegang pada nasihat pakar dermatologinya yang mana pastikan kulit bersih terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

Jessica Alba

 

jessica-alba-at-honest-beauty-girls-night-out-2017_1

Selain dari rutin mencuci dan melembap kulit wajah, aktres Jessica Alba menekankan kepentingan pemakaian krim tabir suria, makan dengan betul dan cucian mendalam. “Saya gunakan berus Braun Facial Cleansing,” tambahnya.

Catherine-Zeta-Jones

catherine-zeta-jones-bikini-photos

 

Aktres Catherine-Zeta-Jones mahu setiap orang berjumpa dengan pakar dermatologi, dan jangan sekali lupa untuk melakukan pemeriksaan pada seluruh tubuh untuk freckles yang baru tumbuh serta berlainan bentuk, tidak hanya pada wajah semata, tetapi setiap yang anda rasa berbeza pabila dilihat setiap hari.

 

Kongsi dari : EH!