2 Busana Persalinan Pertunangan Elfira Loy, Stunning Habis!

2 Busana Persalinan Pertunangan Elfira Loy, Stunning Habis!

Artis, OOTD, Wedding

 

Kontroversi demi kontroversi, akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017. Tahniah buat Elfira dan Sufian Suhaimi! Pertunangan yang dibuat di kediaman Elfira Loy dekat Alam Damai pada jam 4 petang itu hanya dimeriahkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti yang rapat antaranya Sharifah Sakinah, Dafi Ismail Sabri, Bella Dally dan Sherry Alhadad.

Berdasarkan laporan mStar, hubungan mereka menjadi serius selepas kedua-duanya saling membuat kejutan hari lahir. Sufian yang pernah memberi kejutan 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik angka 23 tahun usia Elfira Loy di kediaman El dekat Alam Damai.

Elfira pula mengejutkan Sufian dengan mengajaknya menaiki helikopter pada hari lahir Sufian yang ke-25 dan meraikan hari lahirnya di Seremban. Sweetnya! 

Mengenai pernikahan pula, mStar melaporkan mereka belum menetapkan tarikh pernikahan yang sesuai kerana masih lagi mencari lokasi dan kalau tiada aral melintang, bakal melangsungkan pernikahan pada Mac 2018.

Elfira Loy dan Sufian Suhaimi menggayakan 2 persalinan. Busana persalinan Elfira Loy kedua-duanya dari pereka terkenal Rizman Ruzaini manakala Sufian pula dari pereka Rizman Ruzaini dan Fairuz Ramdan. Solekan Elfira pula dari sentuhan Najeeb Azami.

Kami dari Ohfesyen mendoakan pengakhiran yang baik buat kedua mempelai, Elfira & Sufian Suhaimi !

 

ohfesyen

Foto — Rizman Ruzaini | Sufian Suhaimi

Busana batik Sufian dari FRbluelabel. Persalinan pertama Elfira Loy pula menggayakan kebaya peplum bermotifkan batik oleh Rizman Ruzaini.

800 rizman ruzaini 2

Foto — Rizman Ruzaini

Persalinan kedua. Kedua-duanya dari pereka Rizman Ruzaini

800 elfira

Foto — Elfira Loy

Kenalan rapat yang menjadi bridesmaid. Cantiknya!

800 nanahenna

Foto —  Nanahennadesign

 

800 el

Foto — Elfira Loy

Macam puteri kayangan! Admin love sangat! *berangan*

Antara yang menjayakan Majlis Pertunangan 

Planner: @regalia_weddings
Catering: @empayarbintang
@thepisangcheese , @tanjakcrew
Attire: @rizmanruzaini & @frbluelabel
Makeup : @najeebazami
Jewelries: @habibjewelsofficial
Videographer: @cstproduction
Photographer: @kakifoto_
Gifts: @kensapothecary
PA System: @mrazsound .
Henna : @nanahennadesign .
Bridesmaids attire : @blubelle_official