20 Gaya Tudung Bawal CEO Muda Norjuma Habib, Jadi Ikutan Hijabi ‘Street Style’ Saban Musim

20 Gaya Tudung Bawal CEO Muda Norjuma Habib, Jadi Ikutan Hijabi ‘Street Style’ Saban Musim

Out & About


Jenama tudung bawal Aidijuma, tidak syak lagi, merupakan pelopor utama kebangkitan trend memakai tudung bawal di Malaysia. Bukan sekadar menguasai pasaran Malaysia, populariti jenama Aidijuma turut merebak sehingga bertapak di bumi Brunei Darussalam.

Jenama tudung bawal Aidijuma merupakan apresiasi seorang adiwanita, yang ingin memberi kembali kepada wanita. Itulah yang boleh disimpulkan tentang pencipta jenama ini, Norjuma Habib Mohamed. Tidak salah jika kita mengatakan bahawa Aidijuma adalah maruah sehelai hijab, juga wajah baru fesyen beradab. Jenama tudung bawal ini sememangnya dicipta untuk dipakai dengan indah tetapi bersederhana. Ia tidak berlebih-lebih. Yang terpenting, ia sehelai tudung mampu milik untuk semua peringkat usia dan kelas ekonomi.

5 Perkara Menarik Tentang Jenama Aidijuma:  

LAJU MENGELUARKAN TREND BARU… Tudung bawal Aidijuma bukan sekadar tudung empat segi biasa. Rekaan baru sentiasa ditampilkan dengan pantas supaya ia mendahului pesaing-pesaing yang sering cuba menceduk/meniru idea rekaan.

LABEL SEBAGAI IDENTITI… Menariknya, setiap helaian dilabelkan mengikut kualiti fabrik, rekaan malah harganya berbeza juga. Contohnya Black Label, Blue Label, Green Label, White Label dan Yellow Label.  

PEMILIK, PENTADBIR & PENJANA IDEA KREATIF… Norjuma Habib Mohamed (CEO Colors Addiction Sd. Bhd.) adalah pereka utama dalam penghasilan setiap koleksi tudung bawal Aidijuma. Bermula dengan proses menghasilkan rekaan corak/motif, pemilihan fabrik juga paduan warna yang mahu diterapkan pada setiap rekaan. 

MATERIAL MUDAH DIURUS… Satu kelebihan tudung bawal Aidijuma yang diakui ramai adalah ia senang dipakai, mudah diurus malah amat fleksibel untuk dibentuk/dibega mengikut bentuk muka. 

FLEKSIBEL UNTUK YANG TIDAK BERHIJAB… Jenama Aidijuma bukan sekadar tudung empat segi. Sebaliknya ia direka supaya boleh digayakan menjadi sehelai shawl atau skarf yang boleh diguna pakai oleh wanita tidak bertudung juga. Caranya, lilit/ikat pada leher, simpul pada dada. Anda boleh sematkan kerongsang yang anda suka. Atau layangkan pada bahu. Bergantung pada kreativiti dan imaginasi anda. Mudah bukan?

Jom Lihat 20 Gaya Tudung Bawal CEO Muda Norjuma Habib, yang Jadi Ikutan Hijabi ‘Street Style’!

Sumber: @aidijuma 

Motif bunga tulip dan mahkota. Melambangkan feminiti dan kuasa. 

Sumber: @aidijuma 

Corak paisley yang tidak lekang ditelan zaman. Ramai wanita menyukai corak ini. 


Bintik polka bergabung bunga halus menjalar. 

Sumber: @aidijuma

Motif awan, pelangi dan belon panas Cappadocia. Comelnya!

Sumber: @aidijuma 

Bunga dan paisley dalam spektrum jingga. Memang menyerlah.

Figura ibu dan anak comel juga menjadi ilham. Hasilnya sangat unik. 

Sumber: @aidijuma 

Tompok-tompok bunga matahari yang lembut tambahkan keayuan.

 

Sumber: @aidijuma 

Corak paisley pasti terima permintaan tinggi kerana ia muncul lagi tapi dalam adunan warna yang berbeza.

 

Sumber: @aidijuma

Lakaran tulisan tangan juga jadi sumber ilham.

Gaya pengapit pengantin dalam palet pastel. Cantik dan sangat manis.

Satu lagi gaya pengapit pengantin daripada kempen yang sama.

Sumber: @aidijuma

Doodle jambak bunga dan hati yang comel. Hasilnya juga teramat comel.

Sumber: @aidijuma

Hijau firus diberikan taburan corak yang elegan dan sofistikated.

Tudung yang kosong dan polos juga cantik. 

Cetak geometrik yang bold untuk anda yang mahu tampil menyerlah berbanding hari-hari biasa.

 


Satu lagi gaya classy Aidijuma yang elegan.


Bintik polka pada tanah merah jambu lembut dan hijau pastel. Kontras tapi menarik gabungannya.

 

Sumber: @aidijuma 

Elegan, sopan, moden dan sesuai untuk hijabi moden. Lihat bagaimana Norjuma menggabungnya dengan skirt Twist & Wear Blossom Box Store.

Sumber: @aidijuma 

Tudung warna dusty pink yang simple namun elegan.

 

Sumber: @aidijuma

Bunga daisi berumpun yang unik, cantik dipakai ke pejabat.

 

Share dari: http://intrend.com.my/fesyen/hijab/ceo-aidijuma