3 PANDUAN PAKAIAN DAN TUDUNG RAYA YANG PATUH SYARIAT

3 PANDUAN PAKAIAN DAN TUDUNG RAYA YANG PATUH SYARIAT

Out & About

Pernah Nur dengar di radio ada sorang ustaz tu kata, “tiba saja bulan Ramadhan, yang wanita ni tutup semua. Katanya, yela bulan Ramadhan kena la hormat. Time Raya Aidilifitri, terbuka semua sana-sini. Aurat pun tak terjaga. Yang syariatnya pun entah ke mana. Kesian dah penat berjuang sebulan berpuasa, habis dah pahala melayang dalam 1 hari. Nak jadi apa tu?”

 

Sebagai wanita, bukannya kita tak dibenarkan langsung berhias dan bergaya. Boleh, namun masih dalam landasan syariatnya. Dalam bab ni, wanita muslimah mesti bijak pilih mana yang patuh syariat atau tak. Tak perlu ikutkan sangat fesyen orang lain. Jadi the best version of ourselves, okay?

 

Aurat Wanita Patuh Syariat

 

Hari pertama raya, kita akan lihat macam-macam fesyen yang ada. Baju kurung, jubah abaya, dress, kebaya termasuklah fesyen tudung seperti pashmina, shawl, instant shawl, tudung syria dan bawal yang pelbagai gaya. Jom kita ikuti panduan di bawah untuk bantu kita kelihatan bergaya namun patuh syariat :

 

1# – Warna Yang Tidak Menjolok Mata Orang Yang Melihat

Secara umum, andai baju yang kita pakai tu penuh dengan corak, sebaiknya pakai tudung yang berwarna polos atau ‘plain’. Namun jika baju sudah plain, tudung biarlah bercorak supaya seimbang. Yang ini, tiada masalah. Yang masalahnya adalah pada warna. Elakkan pakai warna yang terang hingga menyebabkan orang-orang tua pun tak senang mata lihat.

 

Warna tudung yang cerah sesuai dipadankan dengan baju berwarna gelap. Manakala baju yang berwarna cerah pula sesuai dipadankan dengan tudung yang berwarna gelap. Bukan semua warna sepadan dengan kita. Jadi carilah warna yang sesuai supaya kita tidak terlalu menonjol sangat atau terlalu tenggelam.

 

2# – Pakai Pakaian Yang Longgar

Paling penting, pastikan diri kita selesa dengan pakaian tersebut. Elakkan pakai pakaian yang ketat hingga menampakkan susuk tubuh kita. Baju biarkan longgar. Antara bahagian baju yang perlu diperhatikan ialah pinggang, punggung dan dada.

 

3# – Tidak Jarang

Andai tudung yang dipakai jarang, gunakan ‘inner neck’ supaya dapat jaga aurat leher. Tudung perlu menutupi paras dada. Begitu juga baju yang dipakai. Pastikan pakai kain dalam atau seluar khas untuk engelakkan apa-apa yang tidak patut nampak terutamanya saat terkena pancaran cahaya matahari atau lampu.

 

Share dari: http://www.tudungonline.com/blog/3-panduan-pakaian-dan-tudung-raya-yang-patuh-syariat/