3 Tips Kuku Sihat & 5 Tabiat Buruk Harus Dibuang Kalau Nak Kekalkan Kuku Yang Perfect!

3 Tips Kuku Sihat & 5 Tabiat Buruk Harus Dibuang Kalau Nak Kekalkan Kuku Yang Perfect!

Kecantikan

Salah Satu Cara Lelaki Nak Tahu Wanita Itu Pemalas Atau Tidak Adalah Dengan Melihat Kuku Wanita Tersebut. Rupa Yang Cantik Tak Menjamin Kebersihan Seseorang. Jom Tengok Tips Mudah Ni Untuk Pastikan Kuku Kamu Sentiasa Bersih, Sihat & Cantik! Ready To Conquer The World!

gigi

Foto — Weheartit.com

Kuku yang kering dan jika diwarnakan tapi dibiarkan saja warnanya tercabut tanpa melakukan apa-apa antara tanda kamu pemalas! Kamu tak mahu imej itu menular di pejabat jadi kami tampilkan tiga langkah kamu kembalikan keserian kuku dengan mudah. Basic saja ni!

1. Exfoliate
Sama seperti bila kamu sental kulit wajah ia terasa lembut selepas itu, tangan dan kukumu pun perlu disental sekali-sekala untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada permukaannya. O.P.I Pro Spa Micro-exfoliating Hand Polish, adalah perawatan micro-dermabrasion khas untuk tangan yang membuatkan tangan lebih licin dan halus selepas sekali pakai.

 

2. Buff

Gilap lembut untuk memadamkan bahagian yang kasar dan menyediakan kanvas kuku yang sempurna. Bila kamu cat kuku ia akan kelihatan lebih licin, tak mudah terkopek dan bertahan lebih lama. Cuba Sephora Mini 4-Step Buffer, RM19.

 

3. Hidratkan
Tak kiralah kamu nak warnakan kuku atau tidak, berikan nutrisi secukupnya dengan perawatan kuku dan kutikel yang menguatkan kuku dengan minyak kelapa dan avokado. Cuba Butter London Quickfix Moisturizing Cuticle Balm, RM85.

.

Warna Untuk Apa Jua Acara Pejabat

Mesyuarat: Tak semestinya kamu perlu stick to nudes saja tetapi janganlah terlalu gelap juga. Hijau-kelabu ini boleh dikatakan seimbang antara professional dan juga fun.

Chanel Le Vernis Longwear Nail Colour rona Horizon Line, RM95

Friday Frolics: Selalunya Jumaat lebih chill, untuk sesetengah pejabat, kamu boleh pakai jeans jadi kamu pun lebih bebas untuk bergaya. Go for brights! Merah? Oren? Kuning?

Sally Hansen Complete Salon Manicure in Kook-A-Mango, RM26.90

Mondays: Hari yang rata-ratanya semua tak berapa ada mood untuk kerja sepenuh hati jadi berikan kukumu riasan warna yang membangkitkan semangat seperti biru, hijau atau ungu!

Orly Breathable Treatment + Color Nail Polish rona Fresh Start, RM69

Power lunch: Bergantung kepada bidang kerjaya. Jika korporat, pilih warna selamat seperti nudes dan beiges. Tetapi jika kamu dalam bidang kreatif seperti kami, go girly with pinks! (Atau apa saja yang kamu suka).

.

5 Tabiat Buruk Harus Dibuang!

  • Gigit kuku. Entah apa-apa saja kamu pegang, semuanya masuk ke dalam mulut selain buat kuku bergerigi.
    Taksub membersih sampai ke bawah kuku kamu korek dan sental sehingga tersiat isi dan kuku. Sakit, kan?
  • Memotong kutikel. Jangan tarik, potong atau gunting kerana ia membantu hilang bakteria. Tolak saja perlahan-lahan selepas mandi.
  • Kupil warna kuku. Bukan warna saja malah lapisan atas kuku pun boleh tertanggal. Bersihkan guna nail polish remover yang tak mengeringkan
  • Alat bertukang. Memanglah kuku kamu boleh keluarkan stapler, koyak sampul, jadi pemotong pita bungkusan tapi jangan sampai merosakkan kuku sampai terkoyak separuh pula.

 

Warna Terbaru Musim Ini!

3

H&M Beauty Nail Color, RM24.90

4

H&M Beauty Oil Fusion Nail Color, RM24.90

5

Dior Vernis, RM99

6Marc Jacobs Enamoured Hi-Shine Nail Lacquer in Trax & Ladies Night , RM95

7

 

Bandi Gelique Gel Color Royal Princess Collection, RM111 (servis manicure di salun)

Sumber : Cosmopolitan