3 Tips Mudah Untuk Gambar Passport Atau Formal Yang Tetap Fotogenik

3 Tips Mudah Untuk Gambar Passport Atau Formal Yang Tetap Fotogenik

Out & About

Ramai yang kata gambar IC & passport atau apa-apa gambar formal ni semuanya buruk. Kalau nak tengok sama ada perempuan itu benar-benar cantik, maka tengoklah gambar IC mereka. *laugh out loud*!

Worry not, sekarang Ohfesyen nak bagi tips untuk korang rasa bahagia bila tengok gambar formal, passport atau IC korang. Tetap fotogenik gitchew..Tips-tips ini OHFESYEN kongsikan semula dari dari Dewi Malaysia.

 

Solekan Wajah

 

 
Jika kulit wajah tidak mulus, primer dan foundation atau bb cushion boleh menjadi beauty hero. Noted, jangan gunakan foundation/bb cushion terlalu tebal seperti hendak ke acara gilang-gemilang. Aplikasikan foundation/bb cushion di wajah dan juga leher. Begitu juga dengan aplikasi makeup wajah lainnya yang berfungsi untuk menutupi kekurangan di wajah, seperti concealer untuk menutupi eye-bag atau garis hitam di bawah mata.

 

Solekan Mata

 
 
Pilihlah warna eyeshadow yang lembut dan tidak keterlaluan apabila dilihat dalam kamera. Rose-pink atau dusty adalah pilihan eyeshadow yang sesuai. Penggunaan eyeliner adalah trik tambahan. Foto id card sebenarnya tidak memerlukan hasil makeup mata yang dramatis. Fungsi makeup mata untuk id card, hanya untuk memberi kesan mata yang segar, tidak lesu, atau sembab. Untuk mata yang kelihatan bundar, aplikasikan maskara atau gunakan fake-eyelashes natural.
 

Gincu

 
Walaupun bahagian wajah yang lain telah disolek dengan gaya minimalis, tetapi tidak salah jika kamu mahu menggunakan lipstik dengan rona yang lebih terang. Tetapi jangan pula keterlaluan, kerana khuatir gambar passport kamu tidak diterima. Tetapi secara kebiasaan, gincu berwarna cerah, merah, atau oren masih boleh diterima.
Kesimpulannya, gunakan warna makeup senatural mungkin. Tetapi pastikan juga kamu tidak kelihatan pucat dan membosankan. Kekal cantik walaupun cuma dalam gambar passport!
Kongsi dari : Dewi Malaysia