4 Bahan Ini Mampu Kecutkan Jerawat Satu Malam

4 Bahan Ini Mampu Kecutkan Jerawat Satu Malam

Kecantikan

whiteheads

Tak sukanya bila muka tiba-tiba berjerawat. Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Esok pulak ada temuduga penting atau temu janji bersama kekasih hati. Macam-mana nak hilangkan jerawat dalam masa satu malam.

Ini ada beberapa tips untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda cuba.

1. MADU

tenor (1)

Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.
2. ALOE VERA

aloe-vera-ice-cube-gif

Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

 

3. AIS

106595821

 

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.

 

4. BAWANG PUTIH

tenor

Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.

Kongsi dari : Hanasuva