4 Bahan Semulajadi Ini Mampu Lebatkan Bulu Mata Tanpa Kesan Sampingan

4 Bahan Semulajadi Ini Mampu Lebatkan Bulu Mata Tanpa Kesan Sampingan

Kecantikan

Perawatan eyelash extension kini menjadi trend bagi melebat, memanjang dan melentikkan bulu mata. Macam mana perawatan itu dibuat? Adakah Halal? Kesan sampingan?

Teknik eyelash EXTENSION itu sebenarnya dilakukan dengan cara menampal bulu mata sintetik pada setiap helai bulu mata sebenar kamu. Bila namanya palsu, sudah semestinya tak boleh dibawa solat. Mungkin ramai yang masih tak tahu ada beberapa risiko buruk terutamanya untuk golongan kulit sensitif. Contohnya efek iritasi dan mata gatal. Apa kata kamu cuba 4 bahan semulajadi ni untuk dapatkan bulu mata memukau. Yang penting asli!

Madu

800 2

Oleskan madu asli pada bulu mata kamu. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Tunggu hingga kering & meresap. Kemudian bilas menggunakan air biasa sehinga bersih. Lakukan 3 kali seminggu secara konsisten.

Lidah Buaya

0f128b59913cdcbadd50f36dbaae7de6_XL

Belah kulit lidah buaya sehingga isinya kelihatan. Dengan penuh berhati-hati, sapukan isi dalamnya pada bulu mata kamu berulang kali. Lakukan sekerap mungkin. Lihat keajaiban selepas 4 hari!

Minyak Zaitun

800 3

Sapukan sedikit minyak zaitun pada bulu mata. Biarkan selama 15-25 minit. Bilas dengan air biasa. Berhati-hati ketika oles minyak zaitun tersebut. Elakkan dari terkena bebola mata. Lakukan 2 kali seminggu secara konsisten.

 

Teh hijau

800

Bancuh teh hijau menggunakan air panas. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil kapas dan celupkan pada teh hijau dan lapkan pada bulu mata kamu. Lakukan 3 kali seminggu secara konsisten.

Paling penting kena konsisten! Kalau kejap buat kejap tak, angan-angan nak bulu mata glamour tu dah boleh tanam dalam-dalam. Dan kena rajin!