4 FABRIK Ini Sesuai Bagi Yang Pertama Kali BERHIJAB & Terletak CANTIK Di Atas Kepala

4 FABRIK Ini Sesuai Bagi Yang Pertama Kali BERHIJAB & Terletak CANTIK Di Atas Kepala

Tutorial Hijab

Apabila niat untuk berhijab telah dilorongkan oleh Yang Maha Esa, sudah pastilah anda mahukan penghijrahan yang lebih sempurna. Perlu lebih selektif menentukan jenis fabrik yang selesa bagi memastikan hijab yang digayakan menutupi aurat terletak elok di kepala. Usah risau, admin nak kongsi 4 jenis fabrik paling sesuai buat anda yang bakal menjadi pencinta hijabi.

1. Sifon yang begitu ringan

Material sifon dianggap sebagai fabrik yang licin dan boleh memberi ‘volume’ dandanan pada hijabmu. Ciri-ciri dari bahan ini adalah  lebih  licin dari ‘hycon’. Untuk gaya yang lebih maksima padankan hijabmu dengan anak tudung! Skarf yang menggunakan fabrik ini amat sesuai digunakan dalam aktiviti harian.

 

2. Tarikan ‘cotton’ buatmu selesa

Penggunaan fabrik kapas sememangnya pilihan yang optimum dan sesuai untuk penggemar hijab. Daya serap peluh dan haba serta memberi efek yang nyaman; nyata membuat ramai hijabi tertarik dengan rekaan selendang yang  menggunakan fabrik ini.

3. Kelembutan sutera nan memukau

Sutera sangat dikenali dengan teksturnya yang fleksibel dan selesa untuk digunakan. Selain itu, sutera juga merupakan kain yang elegan dan sesuai digunakan dalam acara formal. Namun begitu fabrik yang cantik ini juga kelemahannya, dek kerana sifat elegan, penjagaan kain sutera cenderung lebih sukar pabila dibandingkan dengan fabrik lain.

 

4. Impak rayon hijab

fabrik rayon akan membuatmu terasa lebih sejuk sepanjang hari. Tetapi perlu diketahui bahawa hijab fabrik ini mudah sekali kusut dan mudah luntur. Pilihlah dengan cermat wahai hijabi!

Kongsi dari : Hijabista