4 JENAMA TEMPATAN SETANDING ANTARABANGSA YANG KAMU WAJIB TAHU!

4 JENAMA TEMPATAN SETANDING ANTARABANGSA YANG KAMU WAJIB TAHU!

Artis, OOTD, Out & About

Tidak dapat disangkal lagi kehebatan pereka fesyen busana Malaysia dalam berkarya. Buktinya, kamu boleh lihat sendiri lambakan busana hasil sentuhan anak watan di Malaysia. Ramai dalam kalangan mereka yang sudah mendapat tempat di hati pelanggan setia. Ada juga yang sudah menembusi pasaran luar negara! Berbeza pula dengan industri fesyen aksesori, tidak ramai yang berani menceburi bidang ini. Ini kerana, mereka khuatiri atau gusar keluaran hasil mereka tidak menembusi pasaran Malaysia apatah lagi luar negara. Mungkin ada dalam kalangan pelanggan yang masih tidak tahu akan kewujudan pereka fesyen aksesori anak watan yang kini masih aktif dalam industri fesyen. Malah ada di antara pereka fesyen ini sudah pun menembusi pasaran luar negara! Hebatnya! Kak Diva sebagai anak jati Malaysia turut bangga dengan pencapaian pereka-pereka fesyen kita. 

OHFESYEN tampilkan beberapa aksesori jenama tempatan hasil sentuhan dan kreativiti pereka fesyen Malaysia.

#1   Dipped Row

DIPPED ROW

 Jenama aksesori yang diasaskan oleh 3 orang sahabat karib sejak tahun 2013. Memiliki minat yang sama terhadap aksesori, Karina, Azura & Lina membuat keputusan untuk membina empayar dalam industri fesyen aksesori. Setiap koleksi dihasilkan adalah untuk mempamerkan personaliti dan stail mereka yang berbeza. Setiap koleksi mereka tampil penuh revolusi dan moden. Koleksi mereka sangat sesuai untuk wanita yang ingin tampil penuh bergaya tapi mengekalkan gaya yang ringkas.

#2   Cipela

CIPELA SHOES

Jenama kasut milik Hidayah Hassan ini sememangnya lain dari yang lain. Menampilkan rekaan yang pelbagai dan perincian yang teliti pada setiap  koleksinya. Corak batik yang dipamerkan pada sepatu tinggi tersebut diolahkan menjadi satu corak yang menyerlahkan gaya Malaysiana. Kasut yang mempunyai perincian reben besar yang menghiasi permukaan sepatu berona merah memberi suntikan penegasan gaya  yang menarik perhatian dan sempurna.

#3   Bremen Wong

BREMEN WONG NEW

 Mungkin ramai dalam kalangan Malaysian yang masih tidak tahu akan kewujudan jenama Bremen Wong. Fesyen aksesori yang dihasilkan ini berkonsepkan avant-garade untuk mereka yang berani dalam berfesyen. Kebiasaannya, aksesori Bremen Wong ini dipakai oleh model untuk sesebuah Fashion Show. Rekaan koleksi perkahwinan juga dihasilkan oleh Bremen Wong khas untuk ratu sehari yang berani menggayakan gaya yang berbeza dan mahukan kelainan dalam penampilan mereka. 

#4   MASA Horlogerie 

MASA HORLOGERIE

Jam tangan ini adalah idea asli doktor Ahmad Syahid Mohd Fadzil. Kerjaya sebagai seorang doktor medik sama sekali tidak menghalang minat doktor Syahid untuk berkarya dalam fesyen dan membina empayar beliau yang gah dan ekslusif. Rekaan yang diilhamkan dari tradisional istana mempamerkan gaya klasik mewah. Sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan