4 Jenis Gaya ke Majlis Perkahwinan Selain Baju Kurung

4 Jenis Gaya ke Majlis Perkahwinan Selain Baju Kurung

OOTD

Jelita sering mendapat maklum balas mengenai pembaca yang buntu untuk bergaya ke majlis-majlis perkahwinan dan ada diantaranya tidak suka mengenakan sepasang baju kurung kerana menganggap ianya leceh dan cuaca panas yang mengundang rasa ketidakselesaan. Baju kurung sememangnya sinonim dipakai untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Namun buat yang tidak gemar memakai baju kurung, apakah pilihan yang anda ada? Mari lihat beberapa gaya yang sesuai digayakan ke majlis perkahwinan.

 

Kebaya dan seluar

Image result for kebaya dengan seluar

Anda boleh gayakan kebaya paras peha bersama seluar yang mengikut warna baju atau hitam. Sekiranya anda mempunyai bentuk kaki yang kecil, anda boleh menggayakan bersama seluar putih manakala seluar hitam berfungsi menyorokkan pinggul dan peha yang besar

Kaftan

Image result for kaftan

Kaftan sememangnya item yang cukup selesa. Sifatnya yang beralun dan mempunyai pengudaraan yang baik menjadikan tubuh anda sentiasa selesa meskipun menghadiri majlis keraian dalam cuaca panas.

Blaus dan skirt labuh

Image result for blaus dan skirt labuh

Blaus atau top yang berlengan panjang kini semakin mendapat tempat dalam fesyen muslimah. Teknik suai padan tidaklah sukar seperti yang anda fikirkan. Sekiranya ingin menggayakan seluar yang mempunyai cetakan, seeloknya pilih top atau blaus polos untuk gaya menawan.

Kardigan dan palazo

Related image

Kardigan juga kini semakin diterima peminat fesyen modest. Untuk gaya lebih sopan, palazo boleh digayakan bersama. Sudah tentu ianya menyelesakan!

Pelbagai jenis gaya sopan yang diubah suaikan boleh menjadi gaya baru untuk anda yang sering buntu dalam memilih pakaian ke majlis perkahwinan. Namun, jangan dilupakan baju kurung melambangkan sifat kemelayuan seseorang wanita.

 

 

Share dari : http://www.jelita.com.my/fesyen/4-jenis-gaya-ke-majlis-perkahwinan-selain-baju-kurung/