4 Perbezaan Vaseline Lip Therapy Yang Asli & Palsu!

4 Perbezaan Vaseline Lip Therapy Yang Asli & Palsu!

Kecantikan, Out & About

Lambakan produk kosmetik yang palsu kini semakin menjadi-jadi. Semakin lama semakin banyak dan semakin susah untuk membezakan yang asli dan palsu. Siapa je yang tak suka dengan barang yang lebih murah? Lebih-lebih lagi perempuan. Asalkan murah, terus grab! Tanpa periksa keasliannya. Kadang-kadang, ada juga produk yang kita tidak sangka ada yang palsu.

Seorang pengguna twitter  baru-baru ini mendedahkan tentang bagaimana untuk membezakan produk Vaseline Lip Therapy Cocoa Butter yang asli dan palsu. Perkongsian tersebut mendapat retweet sebanyak hampir 1o ribu dan like sebanyak 4.5 ribu. Oh ya! Seorang blogger dari indonesia juga ada mendedahkan tentang keaslian dan kepalsuan produk tersebut. Ohfesyen kongsikan lagi bersama pembaca diluar sana! 

1

#1. Packaging bahagian luar

2

Perbezaan pertama adalah pada logo VASELINE itu sendiri. Perhatikan yang asli iaitu yang bertanda ✔,Logo VASELINE yang ASLI adalah lebih terang warnanya dan jelas. Manakala yang PALSU pula kurang jelas dan mempunyai 2 tona warna pada logo. Perbezaan kedua, lihat pada bahagian tulisan COCOA BUTTER. Vaseline yang ASLI warnanya lebih terang manakala yang palsu lebih gelap.

#2. Packaging bekas produk

3

Keaslian produk ini juga boleh dilihat pada bekas Vaseline. Vaseline Lip Therapy yang asli mempunyai 2 tona warna pada label; coklat & oren. Lihat pada yang palsu pula, ianya hanya ada satu warna pada label tersebut. Teksturnya juga ada perbezaan yang ketara. Tekstur ASLI adalah lebih jernih berbanding yang palsu. 

#3. Bahagian belakang bekas produk

4

Lihat pula pada label bahagian belakang bekas. Perbezaan paling ketara adalah kod. VASELINE yang asli mempunyai satu kod pada bahagian label di belakang. Keaslian produk ini juga boleh dilihat pada ketebalan logo UNILEVER. Vaseline yang ASLI adalah lebih nipis berbanding yang palsu.

CONTOH LOGO UNILEVER

vaseline6

kredit —  sancays.com

#4. Tekstur 

vaseline8

Tekstur vaseline yang palsu sangat melekit dan bau tidak enak seperti bau kimia atau lilin. Mengikut penulis blog ini, walaupun dia sudah cuci tangan berulang kali, rasa melekit itu masih ada.

Tak kira perisa COCOA BUTTER atau ROSY, tahap keaslian tetap sama. So ladies! jadilah pembeli yang bijak. Jangan mudah terpengaruh dengan harga yang murah. Seeloknya, periksa dahulu keaslian, kualiti sesuatu produk sebelum membeli. Jangan menyesal dikemudian hari! Beli saja vaseline lip therapy itu di Watsons atau Guardian. Confirm original! Harga hanya RM14!

Sumber: Twitter  | Blog sancays.com