4 Tabiat Buruk Yang Boleh Merosakkan Kulit Wajah

4 Tabiat Buruk Yang Boleh Merosakkan Kulit Wajah

Kecantikan

Dalam Tidak Sedar, Walaupun Kamu Rasa Kamu Sudah Menjaga Muka Dengan Baik Dengan Segala Skincare Routine, Sebenarnya Ada Tabiat Yang Kamu Sering Lakukan Boleh Merosakkan Kulit. Tabiat 4 Paling Ramai Yang Buat!

 

2 800

Foto : Google 

1 800

Foto : Google 

Tabiat 1: Kerja bagai nak rak

Kesannya: Kemerahan dan jerawat

Tahap tekanan yang kronik – kesan sampingan daripada saingan pasaran kerja dan sentiasa dihubungi 24/7 – membuatkan otak membebaskan neuropeptida yang menyebabkan pipimu kemerahan dan sensitif. Selain itu, tubuhmu membebaskan lebihan hormon androgen yang menyebabkan jerawat.

 

3 800

Foto : Google 

Tabiat 2: Berparti untuk hilangkan tekanan

Kesannya: Kedutan dan kekusaman

Terdedah kepada asap rokok dan pendingin hawa berjam-jam lamanya akan buat kedutan lebih dalam dan kulit nampak kusam. Minuman dan makanan ringan yang banyak gula serta garam akan buat kamu nampak tua lebih cepat. Ia dipanggil glycation – gula merosakkan penghasilan kolagen yang bertanggungjawab buat kulitmu anjal. Satu lagi isu: Asap, tak kiralah kamu hidu atau tidak, ia penuh dengan radikal bebas yang ‘memakan’ kolagen serta karsinogen yang menambah risiko kanser kulit.

 

4 800

Foto : Google 

Tabiat 3: Tak cukup tidur

Kesannya: Kulit berkeping dan kusam

Selagi boleh selitkan kerja, takut ketinggalan dalam kehidupan sosial, dan sekali-sekala layan DVD bermakna kamu tidur lewat pada hari bekerja dan kamu ‘qada’ tidur pada hujung minggu. Namun jadual tidur yang kucar-kacir akan turut kucar-kacirkan jam waktu semula jadi kamu, yang menghalang kulit untuk kekal terhidrat. Kajian menunjukkan tidur yang tak mencukupi melemahkan fungsi perintang, menyebabkan lembapan hilang. Tidak cukup tidur yang kronik menjejaskan penghasilan kolagen. Selepas enam bulan tak cukup tidur, kulit akan mula hilang seri dan kelembutannya.

 

5 800

Foto : Google 

Tabiat 4: Gila gajet di tengah malam

Kesannya: Garis kedutan dan lingkaran gelap

Bila dah ada peluang untuk rehat dan tidur, sambil kamu baring kamu belek iPad, tablet atau telefon, sibuk update itu ini, tonton episod drama yang ketinggalan sampai tak jadi tidur! Melihat skrin terlalu lama atau sambil menahan mata memang akan buat matamu lebam dan bergaris halus kerana tidak cukup rehat. Cahaya dari telefon pintar atau iPad/tablet juga akan mengganggu kitaran tidurmu.

Sumber : Cosmopolitan