5 Bahan Produk Kecantikan Yang Tidak Mencantikkan, Sebaliknya Membahayakan!

5 Bahan Produk Kecantikan Yang Tidak Mencantikkan, Sebaliknya Membahayakan!

Kecantikan

Secara purata kita menggunakan 515 kimia sintentik setiap hari. Ayuh ketahui lima bahan popular yang membahayakan dan ketahui bagaimana mahu menyelamatkan diri kamu daripada bahaya ini. 

 

Gambar : Shutterstock

 

 

Menakutkan!

  • Menurut kajian setiap tahun seorang wanita menyerap masuk 2.3 liter bahan kimia perosak ke dalam badan mereka.
  • Secara puratanya pula setiap wanita memakai 515 kimia sintetik pada tubuh mereka setiap hari. Bayangkan setahun? 10 tahun) atau 30 tahun? Apa yang akan jadi?

 

Antara bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerosakan ialah minyak mineral, silicon, paraben, pewarna tiruan, formaldehyde dan pewangi. Bahan-bahan yang disebutkan tadi antara yang mesti anda katakan ‘tidak’ dalam mana-mana produk kecantikan. Ayuh kenali lima bahan yang lazim digunakan dalam produk kecantikan yang sebenarnya merbahaya pada kesihatan.

 

  • Paraben

Paraben banyak sekali digunakan dalam produk kecantikan. Apa gunanya paraben? Ia digunakan untuk memanjangkan jangka hayat satu-satu produk daripada pembiakan bacteria mahupun yis. Bunyinya seakan bagus bukan? Tapi ia juga punya kesan sampingan yang mana paraben khabarnya juga menaikkan risiko barah payudara. Paraben banyak digunakan dalam pembersih badan, syampu dan pencuci wajah.

 

  • Pewarna Tiruan

Jika anda perhatikan pada sesetengah label produk kecantikan ada tertera FD&C atau D&C itu tandanya ia mengandungi pewarna tiruan. F membawa maksud ‘food’ (makanan) dan D&C pula ialah ‘Drug & Cosmetics’ (dadah & kosmetik). Pewarna sintentik ini biasanya diperolehi daripada petroleum atau tar arang batu. Pewarna sintentik boleh menyebabkan iritasi juga boleh menjadi agen yang mengakibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu. European Union turut mengharamkan penggunaan pewarna sintentik dalam mana-mana produk kecantikan.

 

  • Pewangi

Memang seronok memakai produk yang mempunyai bau yang harum lagi menyegarkan, namun ramai yang tidak peka akan akibatnya menggunakan produk yang menggunakan pewangi yang bukan datangnya daripada bahan semula jadi. Rata-rata pewangi mengandungi ramuan kimia yang membahayakan kesihatan. Campuran aroma nan pelbagai menyebabkan alergi, dermatitis termasuklah masalah kesukaran bernafas. Selain haruman, bahan pewangi banyak digunakan di dalam syampu, perapi, pembersih

 

Ia boleh ditemui di dalam pewarna kuku, pembersih badan, syampu dan perapi rambut, pembersih wajah juga pembayang mata. Apa fungsi formaldehyde dalam kosmetik? Sama seperti paraben, ia digunakan sebagai agen yang melindungi produk kecantikan daripada dijangkiti bakteria. Ia juga punya hubung kait dengan kanser, malah lebih merbahaya ia juga boleh menjejaskan sistem imunisasi.

 

Toluene.

Pada sesetengah label produk mereka menggunakan perkataan lain seperti benzene, tuluol, phenylmethane atau methylbenzene. Toluene adalah pelarut yang kuat yang berfungsi untuk melarut atau mencairkan cat. Ia boleh memberi efek kepada sistem pernafasan, menimbulkan rasa mual serta menyebabkan iritasi pada kulit. Bagi wanita yang hamil bahan ini juga memberi kesan kepada anak di dalam kandungan mereka. Toluene digunakan dalam pewarna dan produk rawatan kuku serta peluntur warna rambut.

 

Selamatkan Diri Anda!

Jadi bagaimana mahu menyelamatkan diri daripada bahan-bahan perosak ini? Mudah sahaja, anda perlu mulakan penggunaan bahan organik dalam jurnal gaya hidup anda.

 

 

Mengapa Organik?

Jika itu soalan anda, mudah sahaja! Bahan organik bukan sahaja baik untuk kesihatan diri malah untuk kesejahteraan alam sekitar. Ia mengurangkan bahan kimia pada kulit dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko sebarang penyakit yang berkait rapan dengan bahan kimia. Lagi satu, bahan organik tidak menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji (animal testing). Dan yang pasti seperti semua tahu bahan organik selamat digunakan dalam memelihara keselamatan alam sekitar sekaligus memelihara nilai-nilai ekologi.

 

4 Sebab Mesti Gunakan produk Cantik Organik

 

  • Lembut & Selamat

Rata-rata bahan yang digunakan adalah diperolehi daripada ladang organik, baik bunga-bungaan mahupun pokok-pokok bermanfaat.

 

  • Ternyata Berkesan

Satu masalah orang kita ialah mereka mahukan kesan yang cepat tanpa memikirkan kesan sampingan. Misalnya jika mahu kulit yang cerah, mereka mahu nampak efeknya dalam masa kurang sebulan. Walhal cara sedemikian belum tentu selamat. Produk oragnik terbukti berkesan berdasarkan kajian saintifik dijalankan dan paling penting ia selamat digunakan. Kecanggihan teknologi hari ini berjaya mencipta inovasi baharu dalam memastikan produk berasaskan bahan organik berkesan dalam memenuhi keperluan kulit anda.

 

  • Seronok Digunakan

Pengalaman menggunakan produk organik sangat menyelesakan dan menyeronokkan. Mengapa? Sudah namanya menggunakan bahan semula jadi sudah pastinya ia lembut dan beraroma harum. Bayangkan anda menyapu minyak argan pada kulit badan, sapuannya pasti licin dan lembut.

 

  • Produk Masa Depan

Produk berasaskan bahan organik sudah melalui revolusi sejak dulu lagi, keberkesanannya juga diakui. Proses pemeliharaannya kurang membahayakan alam sekitar. Pastinya anda mahu keindahan alam sekitar hari ini dapat diwariskan kepada anak dan cucu anda di masa akan datang bukan?

 

Cadangan EH!

 

EH! pilihkan tiga produk paling popular daripada Melvita yang kami rasakan bekalan sempurna untuk anda yang mahu mencuba gaya hidup organik.

 

  • Argan Oil

 

 

 

  • Rose Serum-Lotion

 

 

 

 

  • Rose Floral Water

 

 

 

Klik link my.melvita.com Untuk lihat apa kata selebriti popular Malaysia seperti Sharifah Sakinah dan Xandria Ooi tentang pentingnya menggunakan produk kecantikan berasaskan bahan organik.

Kongsi dari: EH!