5 BENDA YANG MEROSAKKAN RAMBUT SI HIJABI & SOLUSINYA

5 BENDA YANG MEROSAKKAN RAMBUT SI HIJABI & SOLUSINYA

Out & About

 

 

tudung 4 watermark

Photo Credit : @syifazainuddin

Berhijab bukan satu penghalang untuk si hijabis menjaga dan membelai rambut. Sebaliknya, mereka lah golongan yang perlu menjaga mahkota mereka dengan lebih rapi. Betul tak? Sebab apa? Sebab si hijabis kerap memakai hijab tidak kira waktu selain di dalam rumah. Pemakaian hijab pada siang hari terutamanya pabila terdedah kepada cuaca panas, rambut akan terperap dan kepala akan berpeluh. Makanya, rambut tidak bebas dan tak bernafas. Tapi! kebiasaanya si Hijabis seringkali mengamalkan penjagaan rambut yang asas seperti mencuci rambut setiap hari, menggunakan hair dryer & sebagainya. Tahukah kamu apa yang kamu sedang lakukan itu sebenar benar benarnya sedang merosakkan mahkota kamu? 

Jom kita tengok apa yang OHFESYEN nak kongsikan kali ni. Jeng jeng jeng ..

   1.   KERAP MENCUCI RAMBUT

Percaya atau tak, mencuci rambut boleh merosakkan rambut kamu. Rambut yang basah sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan. Apabila rambut basah, aci (hair shaft) membengkak, menyebabkan rambut lebih mudah gugur atau putus. Syampu boleh memberi kesan yang bagus tetapi terlalu kerap mencuci rambut akan mengurangkan kelenjar minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala lantas menyebabkan rambut kelihatan kering dan kusam. Rambut juga sebenarnya memerlukan minyak yang secukupnya untuk kelihatan lembap dan bersinar. Barulah cantik!

Solusi : Kurangkan basuh rambut. Syampu kering adalah pilihan yang baik untuk merawat tempat tertentu pada hari-hari tertentu. Jika kamu perlu mencuci setiap hari, gunakan syampu yang lembut atau ringan (elakkan syampu yang mempunyai label “deep cleansing” atau “clarifying”) dan tumpukan pada akar dimana rambut lebih berminyak dan mempunyai lebih pembentukan atau penumpukan produk.

 

   2.      MENYIKAT RAMBUT YANG BASAH

800 2

Seperti yang sis bagi tahu tadi, rambut yang basah lebih mudah terdedah kepada kerosakan berbanding rambut yang kering. Rambut yang basah lebih anjal dan mudah untuk putus. Kerap menyikat rambut yang kering juga sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan rambut kerana sikat boleh menyentap atau memutuskan rambut dengan mudah.

Solusi : Lebih berhati-hati dalam menguruskan rambut yang basah. Gunakan jari atau sikat yang bergigi besar dan jarang untuk menghilangkan kusut pada rambut. 

   3.    PENGERINGAN MENGGUNAKAN TUALA

800 3

Yes yes yes ladies! Mengeringkan rambut dengan menggunakan tuala juga boleh merosakkan rambut kamu. Ramai wanita yang sering menggunakan tuala untuk membalut rambut mereka supaya cepat kering dan mudah. Sebenarnya cara ini sangatlah TIDAK DIGALAKKAN. Sebab apa? Kalau kamu nak tahu, hanya dengan menggosok rambut dengan tuala boleh mengasari lapisan luar rambut, menyebabkan ia kelihatan kering atau gebu dan berpotensi membawa kepada lebih banyak kerosakan.

Solusi : Jangan gosok rambut dengan tuala. Untuk yang berambut tebal, kamu boleh cuba membeli tuala yang super penyerap (mudah serap).

4.     PENGERING RAMBUT

mengeringkan-rambut 800

Macam yang korang tahu, haba sememangnya menyebabkan kerosakan. Blow Drying  menyebabkan pengeringan kilat atau pantas yang bukan sahaja membuang kelembapan permukaan rambut tetapi juga menghapuskan air yang terikat untuk rambut atau lebih mudah dipanggil “water of hydration”. Kesan pengeringan kilat ini adalah bila kulit luar atau selaput menjadi kering, keras dan rapuh. Apabila rambut menjadi fleksibel, tekanan menyebabkan kulit luar/selaput untuk retak. Justeru, menyikat rambut dengan keadaan sebegini akan menyebabkan kerosakan yang ketara.

Solusi : Jangan keringkan rambut menggunakan hair dryer. Sudah tentu, Ini bukanlah satu pilihan yang realistik bagi ramai wanita di luar sana (termasuk saya!). Untuk membantu mengurangkan beberapa kerosakan, cuba gunakan semburan haba pelindung dan perapi rambut yang mengandungi gliserin & propilena glikol kerana bahan-bahan ini dapat mengurangkan penyejatan air. Oh ya, gunakan haba yang paling rendah pada pengering rambut kamu untuk meminimumkan kerosakan ( kot2 korangs rushing nak keluar. Barulah boleh guna hair dryer sebagai pilihan terakhir )

5.   SETERIKA / PENGGULUNG RAMBUT

800 4

Peralatan jenis ini boleh merosakkan rambut kamu dengan cara yang berbeza daripada alat pengering. Menyeterika rambut boleh boleh menyebabkan 2 jenis kerosakan, bergantung kepada sama ada rambut itu diseterika kering atau basah. Menyeterika rambut kering menyebabkan keretakan di sepanjang pinggir kulit luar yang boleh menyebabkan rambut bercabang. Menyeterika rambut yang basah pula menyebabkan kelembapan pecah di dalam letupan wap sedikit. Ini menyebabkan pembesaran anak rambut lepuh menjadi gelembung & kulit luar yang lengkok. Kedua-dua jenis kerosakan ini boleh menyebabkan kerosakan dan rambut bercabang.

Solusi : Kerosakan besi (iron damage) boleh dikurangkan dengan menggunakan perapi yang dirumuskan dengan bahan-bahan seperti Centromonium Klorida. Produk yang dilabel khusus untuk melindungi daripada haba adalah pilihan yang baik. And of course my dear ladies, elakkan menggunakan seterika untuk penyelesaian yang lebih baik.

Tak setuju dengan apa yang sis cadangkan? Boleh bagi korang punya tips yang mungkin lebih berkesan.Sharing is caring! 

Love, Lily