5 Cara Mudah Kulit Cantik Tanpa Secalit Mekap

5 Cara Mudah Kulit Cantik Tanpa Secalit Mekap

Kecantikan

image-4

Sekarang ni nak nampak cantik senang je, tepek je mekap dah terus cantik! Tapi kalau mekap tebal-tebal sebab nak tutup jerawat dan cela pun tak elok juga. Lagi rosak kulit tu.

Bukan ke lagi bagus kalau wajah anda bebas dari mekap dan cantik semulajadi. Taklah nampak fake dan bakal suami pun tak terkejut nanti tengok wajah tanpa mekap.

Kecantikan wajah ni kena jaga dari luaran dan dalaman. Kalau korang nak wajah cantik tanpa mekap, boleh cuba cara mudah ini!

1. GUNAKAN PELEMBAP DENGAN SPF

Gunakan pelembap dengan SPF berbanding foundation. Ia bukan sahaja melindungi wajah malah ia menyamaratakan warna kulit serta melembapkan wajah. Win-win situation.

2. SECAWAN VITAMIN C YANG PANAS

 

Minum secawan air panas bersama lemon. Ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam badan anda, yang akan membuatkan kulit anda kekal sihat dan bekerja untuk menjadi lebih baik.

3. GUNAKAN TONER BEBAS ALKOHOL

Toner bebas alkohol yang baik dipakai selepas mencuci wajah akan memberi kesan baik kepada tona kulit dan ia juga akan membuang sisa mekap pada waktu pagi.

4. SKRUB WAJAH DUA KALI SEMINGGU

Gunakan produk dari kedai ataupun buat sendiri resipi skrub yang anda suka. Banyak dah dekat YouTube. Gosok wajah dengan lembut selama 1 minit sebelum dibilas dengan air sejuk dan lap sehingga kering.

5. JAUHKAN TANGAN DARI WAJAH!

Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari! Jangan picit jerawat, whiteheads, atau blackheads. Dan tak perlulah tarik, usap atau tonyoh wajah anda.

Sumber dari http://hanasuva.com/5-cara-mudah-kulit-cantik-tanpa-secalit-mekap-987x/