5 Rahsia Kulit Putih Gebu Adira Tanpa Suntikan

5 Rahsia Kulit Putih Gebu Adira Tanpa Suntikan

Kecantikan

Sejak akhir-akhir ini, wanita Malaysia semakin obses untuk dapatkan kulit cerah dan gebu. Bukan itu je, lambakan produk pemutih sama ada berasaskan makanan tambahan atau krim sapuan di pasaran.

Jika anda menonton konsert Akademi Fantasia Megastar baru-baru ini, pasti terpukau dengan kejelitaan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Adira Suhaimi.

Penyanyi sinonim dengan jolokkan ‘Snow White Malaysia’ ini tidak dapat lari daripada persepsi negatif ramai yang beranggapan konon penyanyi ini melakukan suntikan untuk memutihkan kulit.

Adira pernah menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendapatkan suntikan dan dia sememangnya memiliki kulit cerah sejak kecil.

Adira percaya dengan quote ‘you are what you eat’. Adira sangat cerewet dalam memilih makanan serta mengamalkan diet yang betul. Ini lima rahsia Adira kongsikan untuk kekalkan kulit putih dan cantik

1. RAJIN GUNAKAN KRIM UNTUK KELEMBAPAN KULIT

Krim pelembap sangat penting untuk kulit sama ada untuk wajah dan tubuh. Kulit kita sentiasa memerlukan lembapan. Jika kulit kekal lembap, sekaligus kulit anda akan kekal cantik.

2. MENJAGA PEMAKANAN UNTUK KULIT CANTIK

Apa yang kita makan, mencerminkan kesihatan kulit. Jika cantik kulit anda, bermakna pemakanan anda sihat. Jika kulit anda bermasalah, cuba lihat gaya pemakanan anda.

3. AMALKAN AIR KOSONG UNTUK KULIT BERCAHAYA

Air kosong bukan saja untuk elakkan dehidrasi, malah ianya sangat penting untuk kelembapan kulit. Jika tubuh anda cukup air, kulit akan jadi lebih sihat dan bercahaya.

4. SANGAT PENTINGKAN DIET SIHAT & BUAH-BUAHAN MAKANAN WAJIB!

Buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang ternyata baik untuk tubuh dan kesihatan kulit. Buahan yang kaya dengan vitamin C menjadikan kulit cantik sekaligus mencerahkan kulit.

5. RAWATAN BADAN & WAJAH DI SALUN KECANTIKAN PADA SETIAP BULAN

Bukan semua orang mampu untuk melakukan rawatan kecantikan di salun. Anda boleh je lakukan sendiri dirumah dengan bahan semula jadi.

Kongsi dari : Hanasuva