5 Rahsia Kulit Putih & Gebu Wanita Thailand!

5 Rahsia Kulit Putih & Gebu Wanita Thailand!

Kecantikan

 

Dikalangan wanita Asia, wanita dari negara gajah putih memiliki kulit putih mulus dan gebu.

Memang cemburu melihat kulit mereka yang cantik dan bebas cela. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia kecantikan yang diamalkan oleh mereka.

Umum mengetahui, Thailand sangat sinonim dengan produk kecantikan yang merbahaya.

Tapi sebenarnya masih ramai wanita disana mengamalkan cara semula jadi untuk miliki kulit cantik. Rupanya ini rahsia mereka!

1. BETIK

Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker untuk kulit cerah dan bebas cela. Betik kaya dengan anti oksida, vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan.

2. SANTAN KELAPA

Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

3. DIET PEMAKANAN

 

Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

4. KUNYIT

Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat.

5. ASAM JAWA

Ini antara kandungan utama dalam setiap produk kecantikan di Thailand. Asam jawa banyak kelebihannya seperti melembutkan kulit, menghilangkan parut serta mencerahkan kawasan-kawasan gelap.

Kongsi dari : Hanasuva