American Music Award 2017 : 5 Selebriti Hollywood Memukau

American Music Award 2017 : 5 Selebriti Hollywood Memukau

Artis

American Music Awards 2017 telah pun berlangsung pada 19 November lalu. Tahniah buat Bruno Mars kerana merangkul gelaran Artist Of The Year! Ramai selebriti telah hadir pada malam anugerah tersebut seperti Selena Gomez, Lady Gaga, Kelly Clarkson, Ciara, Demi Lovato dan ramai lagi.

Selebriti-selebriti Hollywood tersebut menggayakan fesyen yang berlainan terutamanya dari segi solekan dan gaya rambut. Jom kita tengok antara gaya selebriti Hollywood ternama ini !

 

1.     SELENA GOMEZ

Selena Gomez

Foto: Neilson Barnard

Selena Gomez telah memuatnaik gambar ini di akaun Instagram miliknya sebelum acara tersebut bermula. Kemudian, dia tampil di American Music Award 2017 dengan penampilan penuh. Selena yang menggayakan mini dress jacket kulit hitam dengan gaya rambut pendek blonde. Solekan yang dikenakan juga memadai dengan busananya. It’s bold & different! 

 

2.     LADY GAGA

Selena Gomez

Foto: Instagram Lady Gaga

Lady Gaga yang memuatnaik gambarnya di Instagram miliknya telah menarik perhatian kami. Apa yang membuat penampilannya memukau, kombinasi solekan bertemakan copper dipadankan dengan warna rambut. Warna bibir untuk lebih menonjolkan lagi keseluruhan “look”. Lady Gaga yang memakai Gingham Minidress kelihatan seperti ratu cantik era ’80. 

 

3.     CIARA

Selena Gomez

Foto: J. Merritt

A wet hair at a prestige award? Seriously? Oh yes! Mungkin sedikit berbeza dari selebriti yang lain, terbukti Ciara seorang yang berani menampilkan gaya rambut yang lain dari yang lain. Tidak semua orang cukup berani untuk tampil dengan wet hair lebih-lebih lagi pada malam anugerah berprestij. Salah penggayaan, musnah harapan. But Ciara, she nailed it! 

4.     DEMI LOVATOSelena Gomez

Foto: Jeffrey Mayer/WireImage

She looks like a Vampire Queen! Pilihan gaun kemban labuh berona hitam dipadankan dengan solekan tipis berona copper bronze cukup sempurna untuk wajahnya yang tanned sempurna. Penggayaan rambut yang sangat ringkas, berambut hitam panjang mengurai dengan belahan tengah. So Sleek! 

 

5.     JENNA DEWAN TATUM

Selena Gomez

Foto: Neilson Barnard

Solekannya sahaja sudah cukup menarik perhatian ramai! Gaya solekan yang cukup natural, pembayang mata yang ringkas dipadan bersama bulu mata yang tidak keterlaluan namun masih kelihatan sempurna. Rona bibir nude gloss yang sangat menggoda. Penggayaan rambut pendek yang messy beralun menyempurnakan lagi keseluruhan wajah Jenna. She’s just perfect…

Sumber : Stail.my