5 Tabiat Ini Jangan Buat, Muka Senang Naik Jerawat

5 Tabiat Ini Jangan Buat, Muka Senang Naik Jerawat

Kecantikan

Wajah bebas jerawat dan tiada cela menjadi idaman setiap wanita. Orang perempuan ni, naik sebiji jerawat pun dah riuh satu kampung. Sampai stress jadinya.

Walaupun dah guna macam-macam produk, wajah tetap senang naik jerawat. Apa sebabnya?

Mungkin tabiat yang anda sentiasa lakukan ini jadi punca jerawat suka hinggap pada wajah.

1. TERLALU KERAP MENCUCI MUKA

Terlalu kerap mencuci muka boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering dan menyebabkan jerawat lagi teruk. Seeloknya cuci muka pada waktu pagi dan sebelum anda tidur.

2. GOSOK MUKA TERLALU KASAR

Kulit muka kita sangat sensitif dan nipis. Jadi jangan terlalu kasar sewaktu menggosok muka

3. TAK LAP & BERSIHKAN KULIT MUKA YANG BERPELUH

Bila kerap berpeluh pastikan anda lap muka dengan kain atau tisu bersih. Jangan biarkan ia kering pada kulit.

4. SELALU SENTUH MUKA DAN JERAWAT GUNA TANGAN

Tangan kita ni sangat kotor. Jadi jangan sesekali sentuh muka guna tangan tanpa sebarang pelapik.

5. RAMBUT SELALU TERKENA PADA WAJAH

Rambut kita pun kotor dan berminyak. Jadi bila rambut kerap menutupi wajah memang lagi cepat jerawat tumbuh.

Kongsi dari : Hanasuva