5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

5 Tips Mengemaskan Susunan Tudung & Shawl Anda

Out & About

Jika anda merupakan seorang hijabi atau berminat dalam mengumpulkan skarf/tudung, anda pasti mempunyai koleksi tudung yang sangat BANYAK! Dan apabila anda memiliki terlalu banyak tudung, mungkin agak sukar untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda.

 

Di sini, anda akan mendapat beberapa cara dan idea baru untuk menyusun koleksi hijab anda. Ada di antaranya memerlukan anda membeli sesuatu daripada kedai-kedai berhampiran, dan ada juga di antaranya yang memerlukan anda untuk merekanya sendiri. Jadi, anda perlu mempertimbangkan bajet dan berapa banyak masa yang anda ada untuk memilih cara susunan yang terbaik untuk anda. Mari kita mulakan!

1. Rak

Rak pengemas hijab
Anda boleh menyusun tudung-tudung anda dengan mudah di dalam rak-rak yang ada di rumah anda, ataupun anda boleh juga membeli rak-rak dengan harga yang berpatutan di Ikea. Ini adalah satu cara menyusun yang sesuai untuk mereka yang mempunyai koleksi tudung yang banyak dan mahu menggunakan ruangan simpanan dengan maksimum.

Melipat tudung adalah satu cara yang agak leceh, lebih-lebih lagi apabila anda mahu mengambil hijab yang terletak di bahagian bawah. Jadi, saya lebih suka untuk menggulung tudung-tudung itu, teknik ini menyenangkan proses penyimpanan dan juga memudahkan anda untuk mencari tudung untuk dipakai pada satu-satu masa!

2. Ruang Penyimpanan Yang Diubah suai

Ruang Penyimpanan Yang Diubah suai
Alang-alang anda mahu membeli almari pakaian yang boleh diubah suai, apa kata anda menambah satu lagi ruang penyimpanan, iaitu rak penyimpanan untuk koleksi hijab anda? Cara penyelesaian ini mungkin merupakan tip penyelesaian yang paling mahal, tetapi ianya juga sangat efektif! Anda boleh menentukan sendiri lebar setiap unit penyimpanan untuk menyesuaikannya dengan panjang tudung anda. Dan anda juga boleh menambah seberapa banyak unit penyimpanan sesuai dengan keperluan anda!

3. Bakul

Bakul
Menyimpan hijab-hijab di dalam bakul adalah satu lagi cara yang murah jika anda tidak mahu membeli apa-apa perabot yang baru. Ia merupakan satu cara yang amat mudah kerana anda hanya perlu membelinya di mana-mana kedai runcit atau kedai-kedai yang lebih besar seperti Ikea, dan bakul-bakul ini juga tidaklah mahal.

Dengan menggulung tudung-tudung anda dan meletakkannya di dalam bakul mengikut kepanjangan tudung, anda akan lebih mudah untuk mencari tudung untuk dipakai. Bakul-bakul ini juga mudah disimpan di bawah katil atau pun di dalam almari pakaian.

4. Penyangkut tudung

Penyangkut tudung
Cara lain untuk menguruskan koleksi hijab anda adalah dengan membeli penyangkut yang direka khas untuk menyusun hijab-hijab.

Jika anda tidak menjumpai penyangkut khas untuk hijab ini, anda boleh juga menggunakan penyangkut baju biasa sebagai ganti. Ia adalah satu lagi cara yang menjimatkan kos dan juga amat senang untuk diuruskan untuk jangka masa yang lama.

5. Penyangkut Baju Buatan Sendiri Dan Relung Langsir Bilik Mandi

Penyangkut Baju Buatan Sendiri Dan Relung Langsir Bilik Mandi
Jika anda sedang berada dalam mood untuk mencipta sesuatu yang kreatif, apa kata anda beli satu paket relung langsir bilik mandi di kedai berhampiran dan tambahkannya pada penyangkut-penyangkut baju yang ada di rumah anda.

Satu perkara yang saya suka mengenai cara penyusunan hijab ini ialah anda hanya memerlukan bahan-bahan yang mungkin sudah ada di rumah anda! Ia tidak memerlukan apa-apa alat pertukangan, malah ia menyenangkan anda untuk mengambil hijab yang disusun pada penyangkut baju itu.

Cara ini sangat sesuai untuk hari-hari anda yang sibuk, di mana anda tidak mempunyai masa untuk melipat setiap tudung, anda hanya perlu mengambilnya untuk dipakai, dan menggantungnya semula setelah dipakai. Sungguh senang!

Demikianlah tips menyusun hijab daripada Oh Fesyen! Harap entri ini membantu sedikit-sebanyak dalam menyelesaikan masalah anda.

Senyum selalu, wahai wanita-wanita yang anggun!

 

Share dari: https://www.zolace.com/blog/tips-mengemaskan-tudung/