Tips Fesyen 101: Jom Bergaya Ikut Si Manis Laudya Cynthia Bella

Tips Fesyen 101: Jom Bergaya Ikut Si Manis Laudya Cynthia Bella

Artis

Tips Fesyen 101: Jom Bergaya Ikut Si Manis Laudya Cynthia Bella

Namanya mula menjadi perhatian sejak dia membuat kemunculan sebagai heroin utama sebagai dalam filem “Syurga Yang Tak Dirindukan”, lebih-lebih lagi apabila dia mula digossipkan dengan Engku Emran, siapa tahu akhirnya hubungan mereka benar-benar berakhir di jinjang pelamin?!

Sebagai seorang selebriti, sudah tentu cara pembawaan dirinya menjadi perhatian umum. Bagaimana pula agaknya cara Bella bergaya tetapi dalam masa yang sama masih megutamakan “kesopanan” sebagai wanita muslimah? Jom kita intai dan curi inspirasi fesyen kegemaran Bella!

#1 Tudung Bawal Is Life!

Kalau nak jadi seperti Bella, tak perlu keluar duit beratus-ratus beli selendang atau tudung berjenama.

Pakai sahaja bawal, cuma stail ikatannya mirip ikatan skarf Turki. Try okay?

#2 Statement Piece!

Bella ini adalah seorang yang ringkas bersahaja. Jarang bermekap tebal mahupun menyeliratkan dirinya dengan aksesori seperti rantai dan gelang bergermalapan.

Oleh itu, bagi membangkitkan aura fesyen yang dibawakan, dia sering muncul dengan helai-helaian menonjol.

#3 Blaus Longgar 

Sesuai dengan karakter yang dibawanya.

Barulah sopan! Kan… kan… kan…

#4 Kardigan Labuh

Untuk keselesaan berganda…

… tetapi masih keihatan cantik at the same time!

#5 Baju Berleher Tinggi

Seperti yang kita semua tahu, Bella memang gemar mengikat tudungnya seperti wanita-wanita turki.

Dia lebih selesa membiarkan kawasan dada lapang dan oleh kerana itu, rata-rata pakaiannya memiliki potongan leher yang tinggi agar kawasan leher tidak kelihatan.

#6 Kemeja Berperincian

Beropol mahupun bersulam. 

Bella suka buat dirinya kelihatan feminin dengan mengenakan helaian yang berperician untuk memecah kebosanan klise.

#7 Kot & Blazer Tonjol Elegan

Jika diperhatikan, Bella agak obses dengan penggayaan outerwear seperti kardigan umpamanya.

Namun, jika dia ingin mengetengahkan suatu kelainan dalam penggayaan fesyennya sehari-hari, dia akan tampil mengenakan kot dan blazer.

#8 Pegged Pants!

Ternyata inilah seluar yang paling selamat untuk digayakan kerana potongannya sesuai dengan semua jenis kaki dan sopan juga!

Tidak melekap di kulit seperti skinny, “pegged pants” lebih selesa kerana longgar namun sedikit kecil pada pergelangan kaki.

#10 Flowy Dress

Bella ibarat seorang puteri yang gemarkan sesuatu yang labuh, kembang dan flowy!

#11 Padankan Stokin Dengan Skirt Midi?

Hmm… mungkin kelihatan agak janggal tetapi korang boleh cuba jika hendak suatu kelainan.

Oh well, fashionista mestilah berani dan konfiden bila bergaya kan… 

#12 Kaftan Untuk Hadiri Majlis Keramaian

Kaftan selalunya dibuat menggunakan material dan fabrikasi yang sejuk dan ringan!

Jadi, tak hairanlah jika Bella menggemarinya…

#13 Batik Serlah Elemen Klasik

Sebagai wanita Indonesia, Bella tidak pernah melupakan asal-usulnya dengan menerapkan elemen batik pada busana-busana kegemaran.

#14 Sut Sedondon

Bella langsung tak kekok untuk menggayakan suit sedondon baik yang polos mahupun bercorak sekalipun.

Bonus!

Beg Tangan Mewah

Penulis syak, Bella ni memang ketagih beg tangan! Mahal-mahal pula tu.

Selamat berfesyen ala Laudya Cynthia Bella semuanya! ❤️

Kongsi dari : Wanista