6 Cara Penjagaan Wajah Izara Aishah

6 Cara Penjagaan Wajah Izara Aishah

Artis, Kecantikan

 

Akhirnya Izara Aishah Telah Pun Melangsungkan Majlis Persandingan Bersama Suaminya, Adib Khalib. Pasangan Sama Cantik Sama Padan Ini Mendapat Pujian Ramai Pihak Apabila Izara Aishah Tampil Cantik Bak “Ice Queen” Dengan Busana Yang Direka Khas Oleh Pereka Rizman Ruzaini.

Solekan Yang Tipis Dan Cantik Itu juga Menjadi Perhatian. Namun, Apa Rahsia Disebalik Kulit Cantik Izara Sebenarnya? Mendapat Sumber Dari Hanasuva, Kami Kongsikan Bersama Kamu Rahsia Kulit Wajah Izara Aishah.

1. SENTIASA GEMBIRA

Kajian membuktikan, mood seseorang menunjukkan kesihatan kulit anda. Jika anda sentiasa gembira, kulit anda juga jadi lebih sihat. Bagi Izara, apa saja yang membuatkan dirinya gembira adalah sesuatu yang cantik.

2. JANGAN CEPAT MARAH!

Bak kata Izara, jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.

 

Messy hair . Curvy hips. Red lips. @madameizara

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

3. SENTIASA GUNAKAN PELEMBAP WAJAH

Nak kulit cantik senang je, gunakan pelembap wajah. Apa fungsi pelembap wajah ni sebenarnya? Mencegah kulit wajah menjadi kering, melindungi kulit dari sinar bahaya matahari, mengelakkan jerawat, mencerahkan wajah, menyegarkan wajah, menghaluskan kulit wajah dan mengcegah penuaan.

4. AMALKAN PATI BUAH PRUNE

Tahukah anda buah prun yang berasal daripada buah plum kering itu mempunyai sumber serat dan pemakanan yang baik dan berkhasiat istimewa sebagai antioksida, antipenuaan, antikanser. Ia juga melambatkan proses penuaan tubuh dan otak.

Takde lah it’s not real. Sajaaa I think it’s cool but my mama hates it 😝

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

5. KURANGKAN PENGGUNAAN ALAT SOLEK ATAU MEKAP

Bagi Izara, nak kulit cantik perlu kurangkan penggunaan alat mekap. Penggunaan alat mekap berlebihan menyebabkan risiko kanser kulit, masalah pernafasan, sakit kepala, tekanan dan kerosakan kulit.

6. AMALKAN SENAMAN MENARI

Menurut Izara, dia sangat gemar menari dan itu cara senamannya. Hampir setiap hari itulah rutin hariannya dan akan dilakukan dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.

Sumber : Hanasuva