6 Cara Untuk Dapatkan Bibir Lembap Kemerahan. Guna Bahan Di Rumah Je!

6 Cara Untuk Dapatkan Bibir Lembap Kemerahan. Guna Bahan Di Rumah Je!

Kecantikan

Masalah bibir gelap ini merupakan perkara biasa yang hampir semua orang mengalaminya. Tapi tipulah kalau tak teringin nak bibir merah semula jadi. Tak perlu pakai lipstik! Punca-punca bibir gelap adalah pendedahan kepada sinar matahari, sinaran UV, merokok, alergi, pengambilan kafein terlalu banyak, ketidakseimbangan hormon dan usia.

Ohfesyen cadangkan 8 cara untuk atasi bibir gelap bagi mendapatkan bibir kemerahan yang seksi semula jadi!

HOMEMADE NATURAL SCRUB

800

Skrub Madu 

Cara-cara : Campurkan 3 sudu gula & 2 sudu madu. Gula ini memainkan peranan sebagai skrub untuk menghapuskan sel kulit mati. Manakala madu adalah untuk melembapkan bibir.

Cara guna :  Skrub pada bibir secara perlahan 2-3 minit. Pakai skrub ini 2 – 3 kali seminggu secara konsisten. 

 

21zu11

Skrub Mentega

Cara-cara : Campurkan 3 sudu gula & 2 sudu butter. Gula ini memainkan peranan sebagai skrub untuk menghapuskan sel kulit mati. Manakala mentega adalah untuk memperbaiki warna dan meningkatkan gloss di bibir.

Cara guna :  Skrub pada bibir secara perlahan 2-3 minit. Lakukan 2 – 3 kali seminggu secara konsisten. 

 

 

21ztqo

Skrub Raspberi

Cara-cara : Campurkan raspberi yang telah dipotong kecil dengan lidah buaya dan madu asli.

Cara guna : Urut perlahan menggunakan skrub ini dan biarkan. Bilas selepas 10 minit.

 

 

21zzau

Skrub Lemon

Cara-cara : Potong 2 buah lemon. Ambil 1 bahagian lemon dan tekapkan pada gula. 

Cara guna : Sapukan perlahan pada bibir. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

 

HOMEMADE LIP BALM

21zzi5

Madu

Cara-cara : Sapukan madu di seluruh bibir setiap malam, biarkan semalaman. Madu dapat melembutkan bibir yang kering dan memberi efek kilauan yang asli pada bibir. Tak ada la nampak pucat!

21zyze
Strawberry Lip Balm

Cara-cara : Potong kecil buah strawberi. Campurkan 1 sudu buah strawberi yang dipotong tadi dengan 2 sudu petoleum jelly. Guna setiap hari sebagai lip balm kamu!