6 SEBAB MENGAPA TUDUNG HITAM PALING DIGEMARI WANITA

6 SEBAB MENGAPA TUDUNG HITAM PALING DIGEMARI WANITA

Out & About

Jika di Malaysia, warna hitam dah jadi macam wajib pula mesti ada dalam almari walaupun 1 helai. Malah Nur sendiri sangat menyukai tudung yang berwarna hitam. Ada 6 sebab mengapa ramai wanita memilih warna hitam iaitu :

Wanita Suka Hitam

1# – Matching dengan semua warna baju dan pakaian yang sedia ada. Warna hitam dikatakan masuk dengan pelbagai warna baju. Bahkan tak nampak pelik jika hitam dipandankan dengan warna pink, ungu, oren dan gold.

 

2# – Warna yang selamat. Selamat sebab apa? Warna hitam dikatakan misteri. Sebab itu jika perasan kebanyakan wanita terutama mereka yang berniqab, semuanya memilih hitam. Warna hitam dapat menutup bahagian tertentu terutamanya di bahagian dada dan pinggul. Justeru, mereka tidak akan diganggu oleh orang luar.

 

3# – Menjadi pilihan untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Suasana di sana lebih menggalakkan warna sebegini dipakai oleh muslimah. Muslimah Arab kan memang terkenal dengan pakaian serba hitam dari atas sampai bawah anggota tubuh.

 

4# – Warna hitam dikaitkan dengan mereka yang berada dalam sektor professional dan korporat. Ia menunjukkan seseorang itu kelihatan berkaliber. Misalnya dengan memakai blazer dan tudung hitam. Tambah pula kasut pun warna hitam.

 

5# – Jarang sangat nampak kotor. Jika ada pun, tak nampak sangat. Tu sebab bagi wanita yang lasak, warna ini turut dijadikan sebagai pilihan utama. Tambahan pula, mudah nak basuh tanpa perlu sental lama-lama.

 

6# – Hitam juga dikatakan warna yang elegan. Warna ini menyerlah andai digabungkan dengan warna gold dan merah. Jika dipakai dalam majlis-majlis tertentu seperti makan malam, majlis korporat dan suasana yang memerlukan kita berjumpa dengan orang ramai, orang yang melihat kita pasti timbulkan persepsi yang luar biasa tentang diri kita.

 

7# – Fakta yang ini win! Tudung hitam boleh pakai berulang kali tanpa orang tahu kita dah basuh atau tak. Disebabkan jarang dilihat kotorlah, kadang kita malas nak basuh kan? Heee. Nur gurau je yang ini.

 

Share dari: http://www.tudungonline.com/blog/