7 Bahan Semula Jadi Ini Bantu Cerahkan Kulit Bahagian Celah Paha

7 Bahan Semula Jadi Ini Bantu Cerahkan Kulit Bahagian Celah Paha

Kecantikan

Ikuti petua mudah untuk putihkan kulit di bahagian kelengkang.

02C39439

Gambar: INGimage

 

Ramai wanita mengalami masalah kulit gelap di bahagian celah paha atau kelengkang. Ianya sedikit sebanyak menurukan kadar keyakinan wanita pabila berhadapan dengan suami ketika sesi intim.

Kami kongsikan jalan penyelesaian untuk memutihkan kembali kulit di bahagian kelengkang.

Jus lemon

Perah jus lemon ke atas segenggam kapas dan sapu terus ke atas bahagian kulit gelap. Bilas dengan air suam setelah 15 ke 20 minit. Setelah itu sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut dan biar sehingga kering. Amalkannya untuk realisasikan kulit cerah semula di bahagian tersebut.

Skrub lemon

Hiris tebal buah lemon dan skrub rata di bahagian kulit gelap. Praktikkannya selama 2 hingga 3 minit setiap hari sebelum mandi. Ia berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati di bahagian celah kelengkang.

Ekstrak buah oren

Ambil ekstrak buah oren, dan sapukan ke atas kulit gelap menggunakan kapas. Cuci dengan air selepas 20 minit.

Betik segar

Potong kecil buah betik dan gosok rata pada bahagian celah kelangkang dan di bahagian punggung. Biarkan ia mengering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu untuk cerahkan kembali kulit di bahagian intim tersebut.

Buah tomato

Belah buah tomato dan ambil sebahagian belahan tersebut serta gosok pada bahagian kulit mati agar ianya menyerap masuk terus ke dalam kulit. Cuci dengan air setelah 20 minit.

Susu segar

Rendam sebahagian tuala kecil di dalam susu segar yang sejuk dan sapukan di bahagian kulit yang gelap tersebut. Susu berfungsi untuk mencerahkan kulit secara semula jadi. Ianya akan lebih cepat berkesan jika kerap diamalkan.

Minyak zaitun

Urut di bahagian yang gelap tersebut dengan minyak zaitun setiap hari sebelum tidur. Ia akan mencerah dan melembutkan kulit di bahagian ini dengan lebih cepat.

Kongsi dari : EH!