7 Cara Atasi Wajah Berminyak

7 Cara Atasi Wajah Berminyak

Kecantikan

Berubah Dari Punggung Kuali Ke Kulit Bayi…
 800

Amboi begitu sekali berminyak muka kamu. Tapi ini biasa bagi orang yang kulitnya berminyak. Macam-macamlah yang keluar… “Muka berminyak macam boleh goreng ayam… Silau macam spotlight.” Tiap minggu habis sepeket blotting papers kamu pakai. Belum masuk jerawat lagi. Adakah kamu silap guna perawatan wajah? Menurut Heidi Waldorf, MD, pakar kulit di Waldorf Dermatology Aesthetics di New York, semua ini sebenarnya adalah genetik kamu yang sedang memainkan peranannya untuk menentukan jenis kulit. Namun faktor-faktor lain seperti aktiviti harian, persekitaran, dan juga hormon boleh menambah kepada keadaan kulit berminyak. Habis tu nak buat bagaimana? Di sini ada tujuh cara kamu boleh ubah kulit yang berminyak kepada lembut bercahaya.

1. Dapatkan pembersih yang betul. 

Bunyinya macam tak meyakinkan tetapi pembersih minyak dibuat untuk jenis kulit berminyak. Minyak di dalam pencuci muka menarik sebum jadi membilas kedua-duanya tanpa mengeringkan kulit. “Kulit kamu sepatutnya rasa lembut, bukan ketat selepas dibersihkan,” jelas Dr. Waldorf. Jika kamu tak selesa dengan minyak, bolehlah cuba yang ada asid salisilik yang bukan sahaja ada tindakan pengelupasan dan menanggalkan gumpalan yang menyebabkan jerawat tetapi ia juga bahan yang menyasar lemak jadi ia akan terus ke sumbernya (iaitu minyak di dalam pori-pori kamu tu).

2. Guna toner berpada-pada. 

Daripada kamu guna toner setiap hari untuk kawal minyak, guna seminggu sekali atau dua kali sahaja. Jika ia jenis astringent (yang selalunya mengandungi alkohol, camphor atau pudina) berhenti guna. Terlebih menggunakan toner boleh membawa kepada kulit sensitif – yang mungkin tak sesuai dengan rangkaian untuk jerawat.

3. Hidratkan. 

Selalunya orang yang kulitnya berminyak takut nak pakai pelembap sedangkan itulah yang paling penting untuk memastikan perintang kulit bertahan agar kamu tak kehilangan lembapan dari dalam. Tak perlulah guna pelembap yang berat, ada shea butter, minyak kelapa dan sebagainya. Kamu lebih sesuai menggunakan pelembap ringan dengan asid hialuronik atau gliserin. “Kedua-duanya seperti span yang menyerap lembapan dan mengekalkannya di situ,” kata Dr. Waldorf.

4. Pertimbangkan retinoid. 

Maksudnya produk yang ada Vitamin A yang mempercepatkan pembaharuan sel. Ia bagus untuk antipenuaan dan juga jerawat kerana ia membantu agar minyak tidak terperangkap di dalam liang pori dan menyebabkan tersumbat, jerawat dan bintik hitam.

5. Jarakkan penggunaan bahan aktif. 

Bahan yang berkuasa di dalam produk kulitmu boleh menyebabkan kerengsaan jika kamu terlebih pakai. Tetapi untuk kulit berminyak, ia akan jadi lebih berminyak! Jadi guna satu jenis satu hari saja contohnya jika kamu guna produk pengelupasan dengan asid atau enzim, jangan guna retinoid dan sebaliknya.

6. Kulit yang bermasalah memerlukan penjagaan yang lebih khusus.

Jangan pandai-pandai rawat sendiri kerana ia mungkin menambah masalah. Jika kamu rasa ini masalah yang kamu tak boleh selesaikan sendiri, tolonglah berjumpa dengan pakar kulit sebelum ia menjadi lebih rumit untuk dirawat.

7. Pilih mekap dengan bijak. 

Elak bedak asas yang berat dan boleh menyumbatkan liang pori. Tekstur yang lebih ringan serta formula kawalan minyak dan mattifying sesuai untuk kamu. Jika ada yang perlu nak ditutup lebih, pilih bedak padat atau debu berbanding cecair. Apa-apa pun kamu pakai, pastikan kamu bersihkan sebelum tidur.

 

Foto: Shutterstock.com

Kongsi dari : Cosmopolitan