Nama Halima Aden menjadi viral satu dunia baru-baru ini kerana menjadi peserta Miss Minnesota USA. Hijabers berusia 19 tahun itu nyata tidak kekok beraksi biarpun tidak menjadi peserta akhir.

Namun Halima berjaya mencipta sejarah kerana mampu menampilkan golongan Muslimah secara positif dalam pertandingan sedemikian.

Menurut Halima yang mengakui pernah dibuli kerana mengenakan hijab dia gembira dapat menyertai Miss Minnesota USA seterusnya mewakili komuniti Somalia sekali gus wanita Muslim di seluruh dunia.

Rentetan itu kerjayanya terus bersinar apabila baru-baru ini turut memperaga sempena New York Fashion Week 2017. Dia satu-satunya model berkulit hitam yang juga berhijab, berjalan seiringan dengan Gigi Hadid dan Kendall Jenner.

Siapakah gadis ini yang auranya memukau satu dunia dan begitu berani mengenakan hijab di negara yang kini di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

7 FAKTA MENARIK HALIMA ADEN:

1. Berjaya menarik perhatian pada fesyen editor

Usai New York Fashion Week, nyata Halima Aden telah melakukan sesi foto editorial untuk salah satu majalah ternama. Pada sesi foto itu, dirinya menyarung blazer dari Celine dan arahan fotografer terkenal Mario Sorrenti. Juga turut muncul dalam majalah CR Fashion Book dalam merayakan edisi ke 10. Menampilkan Halima dengan blouse lengan panjang ampil fierce dengan blouse lengan panjang warna navy yang lapisi bustier kulit hitam dari Louis Vuitton. Ia memakai hijab navy dengan aksen floral. Tanggannya menyilang di dada dengan gaya cukup anggun.

2. Menjadi peserta untuk pertandingan Miss Minnesota

Ketika peserta lain menggunakan bikini dalam pemilihan Miss Minnesota, Aden tampil percaya diri dengan pakaian renang burkini yang menutup rapat tubuhnya.

3. Lahir di Kenya

Model berdarah Somalia-Amerika ini terlahir di Kenya. Kedua ibapanya seorang yang mempunyai latar belakang agama yang kuat menjadikan dirinya tidak kekok mengenakan hijab. Malah keberaniannya muncul sebagai model hijab dalam dunia modeling menyunti keberanian dan menyebarkan aura positif pada gadis lain.

4. Menandatangani kontrak dengan IMG Models

Halima Aden baru saja bergabung dengan agency model yang menaungi nama besar lainnya seperti Gigi Hadid, Karlie Kloss dan Chrissy Teigen.

5. Namanya viral di media sosial

Usai penyertaannya pada fesyen show Yeezy Season 5 di New York Fashion Week 2017, namanya kian popular di laman sosial. Kini pengikutnya di laman sosial  IG 147k.

6. Memakai hijab seawal usia 12 tahun

Walaupun dibesarkan ketika tercetus peristiwa 911, tetapi ibu tetap menjaganya penuh kesantunan. Halima tetap tegar mengenakan hijab dan menurutnya dia selesa berhijab dan tidak menghalangnya untuk melakukan apa yang dia suka.

7. Mendapat sokongan ibunya

Pembabitannya kini sebagai modeling mendapat sokongan padu dari ibunya sendiri, Rukia Aden. Menurutnya, ini pilihan Halima dan dia cukup senang dengan apa yang dia pilih sebagai kerjaya.

Ketika di temu bual dalam majalah CR Fashion Book itu juga Halima memberikan pendapatnya yang diterima sebagai model berhijab.

“Bagi saya, ini kebebasan memilih. Banyak orang salah faham jika saya sebagai perempuan Muslim menentang wanita lain yang memakai bikini. Cuma saya mahukan perempuan rasa selesa dan percaya apa juga pakaian yang dipakai”.

SUMBER: LIPUTAN6.COM &INSTAGRAM HALIMA ADEN