7 Tabir Sisi Anggun Bella Dally Yang Perlu Anda Tahu

7 Tabir Sisi Anggun Bella Dally Yang Perlu Anda Tahu

Out & About

Jenama produk penjagaan kulit yang Bella gunakan sekarang?

1) Pembersih muka : Cetaphil
2) Serum muka : Aesop
3) Penyegar muka : Rose Water
4) Pupur muka : Innis Free
5) Sunblock : Khiel’s

Petua kulit sihat Bella?

Pasti perlu mendapat tidur yang secukupnya. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari, pengambilan suplemen, topeng muka, juga diet yang seimbang.

Adakah Bella masih mengamalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?

Tidak, namun begitu saya gemar aplikasikan bahan-bahan semula jadi dan produk kurang kimia dari pruduk muka dan pemakanan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.

Produk suplemen kecantikan wajah yang digunakan?

1) BlackMores – Fish Oil + Primrose Oil
2) Soluble vitamin C
3) Organic vigin coconut oil

Boleh kongsi sedikit tip penjagaan wajah Bella?

Sebenarnya penting bagi kaum hawa mengetahui apa yang betul- betul sesuai dengan kulit. Selain itu, usah untuk lupa mencuci muka sebelum tidur. Ia bakal memudaratkan wajahmu.

Adakah Bella gemar melakukan urutan tradisional?

Saya gemar melakukan urutan namun bukanlah secara tradisonal. Jadi jika melakukan urutan badan, saya gemar melakukan urutan aroma terapi kerana efeknya lebih kepada relaxation.

Item kecantikan yang wajib ada dalam tas tangan?

Lip balm, gincu, losyen tangan.

– See more at: http://www.hijabista.com.my/trending/7-tabir-sisi-anggun-bella-dally-yang-perlu-anda-tahu-1.565030#sthash.2mrHvsY5.dpuf

Share dari http://www.hijabista.com.my/trending/7-tabir-sisi-anggun-bella-dally-yang-perlu-anda-tahu-1.565030