Kulit berminyak ini memang menjadi masalah buat hijabi terutamanya apabila mahu mengaplikasikan solekan. Solekan akan lebih cepat hilang dan tidak kekal lama.

Jadi, cuba amalkan 7 tip ini agar solekan mampu tahan lebih lama khususnya buat hijabi kulit berminyak.

 

1.    Cuci wajah

Sebelum bersolek, sebaiknya bersihkan wajah terlebih dahulu. Selepas itu, gunakan pelembap dalam bentuk gel yang sesuai untuk kulit yang berminyak.

Kemudian, sapukan sunscreen untuk menjaga kulit wajah daripada sinaran matahari. Jangan lupa cuci tangan sebelum anda menyentuh wajah.

 

2.    Bedak

Cuba aplikasikan bedak senipis yang boleh pada wajah sebelum mengaplikasikan item solekan yang lain. Bedak berfungsi agar minyak pada kulit tidak keluar secara berlebihan.

Penggunaan pemerah pipi dan pembayang mata daripada powder juga sesuai untuk gadis kulit berminyak. Jauhi pemerah pipi jenis stick atau cream eyeshadow kerana ia akan membuatkan kulit menjadi semakin berminyak.

 

3.    Primer

Primer pada asalnya digunakan agar solekan tahan lebih lama. Aplikasikan pada seluruh wajah tetapi fokuskan pada bahagian yang paling berminyak seperti T-zone dan dagu.

 

4.    Foundation jenis krim

Gunakan oil-free foundation tanpa sebarang pewangi kerana ia tidak akan membuatkan kulit anda kelihatan berminyak. Cari juga foundation yang diperbuat daripada krim agar mampu menyerap minyak pada wajah kita.

 

5.    Stick concealer

Jika anda memakai concealer untuk menutup bekas jerawat, sebaiknya gunakan concealer jenis stick. Ia mengandungi kandungan minyak yang lebih sedikit berbanding concealer lain. Jadi, ia sesuai untuk kulit yang berminyak.

 

6.    Gincu bibir

Gunakan gincu bibir jenis matte. Sekiranya anda memakai gincu bibir yang shiny, wajah akan kelihatan lebih berminyak. Kalau anda tiada gincu bibir jenis matte, boleh sapukan translucent powder pada bibir.

 

7.    Clay face mask

Pemakaian clay face mask sekali seminggu sudah cukup untuk membuang minyak berlebihan pada wajah. Sebaiknya, usah biarkan clay face mask terlalu kering pada wajah. anda boleh sahaja bilas menggunakan air sekiranya masker masih sedikit basah pada kulit.  

 

SUMBER: via CEWEKBANGET.GRID.ID

Share dari : Hijabista