7 Tips Mudah Penjagaan Kulit Untuk Wanita Asia

7 Tips Mudah Penjagaan Kulit Untuk Wanita Asia

Kecantikan

Ia boleh menjadi agak mencabar untuk menjaga kulit jika anda tinggal di negara beriklim tropika seperti Malaysia. Jadi ketika musim hujan, kulit kita cenderung untuk mengalami pengeluaran minyak yang berlebihan disebabkan kelembapan semulajadi dari udara. Apabila musim panas, kita cenderung untuk mengalami masalah kulit kering.

Ohfesyen kongsikan tips penjagaan kulit dalam iklim tropika!

#1  Membersihkan

60528202336853498527

Di mana sahaja anda berada, langkah pertama untuk penjagaan kulit adalah membersihkan kulit anda. Membiarkan kulit anda bersih bukan sahaja melalui pencucian yang cepat tetapi dengan pembersihan menyeluruh – yang konsisten dan teratur – untuk mengelakkan kulit kusam dan tona yang tidak sekata.

#2  Mandi Dengan Waktu Yang Tetap

giphy

Adalah penting untuk anda mencuci kulit anda selepas ianya terdedah kepada kelembapan atau keadaan panas. Mencuci kulit anda boleh menghilangkan minyak dan kotoran yang melekat pada kulit.

#3  Elak Menyentuh Muka

tenor

Oleh kerana cuaca panas atau lembap boleh membuat anda berpeluh, elakkan menyentuh wajah anda dengan tangan sekerap mungkin kerana ia mungkin menyebabkan minyak dan kotoran berpindah ke wajah anda. Sebaliknya, gunakan item penyerapan seperti kapas, kain bersih atau tisu untuk menyingkirkan lebihan minyak, kotoran dan peluh.

#4  Singkirkan Minyak

59ab4a811fd5b830d88dba3acd6aeb9384d08457d22b664fafeaa22d2e5b20f5

Cuaca panas atau lembap boleh membuka liang-liang pori kulit anda dan merangsang pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit anda, dimana jika ianya tidak dibersihkan boleh menyebabkan jerawat. Jadi pastikan anda menyingkirkan minyak dari kulit anda. Anda boleh menggunakan kertas penyerap minyak untuk menyingkirkan minyak dari muka anda.

#5  Dapatkan Pelembap 

MintySimpleAmazonparrot-max-1mb

Keadaan tropika boleh menyebabkan kulit anda kekeringan kerana cuaca yang sangat panas. Jadi, dapatkan pelembap! Elakkan menggunakan pelembap terlalu banyak pada bahagian kulit yang berminyak seperti dahi dan hidung.

#6  Kekal Terhidrasi

1487423074-drink-14

Iklim tropika sebenarnya boleh menyebabkan kulit anda mengalami dehidrasi kerana kelembapan menguap. Kita juga kehilangan kira-kira 6 liter cecair dalam badan disebabkan haba dan kelembapan. Jadi jawapan kepada permasalahan ini ialah dengan kekal terhidrasi dengan air dan garam yang diperlukan oleh tubuh kita.

#7  Guna Pelindung Matahari ( sunscreen)

source

 Gunakan pelindung matahari yang sangat baik dengan SPF sekurang-kurangnya 30 untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari yang berbahaya. Elakkan pelindung matahari dengan SPF yang lebih tinggi daripada 50

 

Sumber — sincareandwaxingbychristy.com