7 Tips Panjangkan Bulu Mata & Cara Untuk Kekalkannya

7 Tips Panjangkan Bulu Mata & Cara Untuk Kekalkannya

Kecantikan

It’s Time To Act Like A Lady, Lash Like A Boss!

 

Eyes Without Lashes Are Like Cake Without Frosting.

Begitu Juga Bila Wajah Yang Cantik Tanpa Bulu Mata. Lagi-Lagi Kalau Pakai Mekap. Oh No! Bulu Mata Adalah Perkara PALING Penting Untuk Sempurnakan Wajah Kamu.

1

Foto — Pinterest

Sesetengah wanita tak gemar dan kadang ada yang allergik dengan bulu mata palsu. Kalau mekap pun, memang akan elakkan pakai falsies demi keselesaan berpanjangan..katanya. Tetapi, tahukah kamu bahawa mekap tanpa bulu mata yang cantik (paling-paling pun pakai maskara), wajah kamu akan kelihatan flat! Tak cantik ok! Kekerapan penggunaan bulu mata palsu ni pun sebenarnya boleh membantutkan pertumbuhan bulu mata kamu. So, admin nak share TIPS berguna panjangkan bulu mata asli dan CARA untuk kekalkannya. So, no more falsies!

1. Amalkan pemakanan yang sihat!

Pilih makanan yang merangsang pertumbuhan rambut. Pemilihan makanan yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga makanan yang berunsurkan daging harus diteliti.

2. Elakkan waterproof mascara!

Waterproof mascara mempunyai konsentrasi yang lebih pekat berbanding maskara biasa. Maskara kalis air ini juga lebih sukar untuk ditanggalkan dan mungkin menyebabkan bulu mata anda tertanggal ketika proses menanggalkan maskara tersebut.

3. Oil-based make up remover

Pilih make-up remover yang berasaskan minyak. Bulu mata anda akan kekal lembap dan tidak kering.

4. Vaseline

Penggunaan Vaseline telah terbukti sejak turun temurun. Sapukan sedikit Vaseline di bulu mata anda. Amalkan 2-3 kali seminggu sebelum tidur. Vaseline juga boleh digantikan dengan olive oil/castor oil.

5. Fake eyelashes & Eyelash curler

Elakkan penggunaan bulu mata palsu dan pelentik bulu mata yang terlalu kerap. Gam bulu mata palsu mungkin bakal menyebabkan bulu mata anda tertanggal dan pelentik bulu mata akan menyebabkan pertumbuhan bulu mata anda terbantut!

6. Rehatkan mata daripada produk make up

Berikan masa untuk mata anda berehat daripada segala jenis produk. Amalkan sahaja penggunaan vaseline dan eye-mask untuk mata anda.

 

Selamat mencuba!

Sumber : amazinglywritten.wordpress