8 HIJABIS YANG MEMAKAI KACA MATA STAILO MELO!

8 HIJABIS YANG MEMAKAI KACA MATA STAILO MELO!

OOTD

 

yatt 2 tag 2

Dulu ramai wanita yang kurang keyakinan pabila terpaksa memakai cermin mata akibat masalah rabun yang dialami. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk memakai kanta lengkap (contact lenses) bagi menggantikan kaca mata. Sanggup membahayakan penglihatan sendiri demi kelihatan cantik, itulah lumrah seorang wanita *senyum sinis*. Siapa je tak nak cantik? Orang kata beauty is pain gitu ..

Nah, sekarang kaca mata bukanlah satu penghalang untuk para wanita yang mengalami masalah rabun. Bukan sahaja mereka yang mengalami masalah rabun, tapi yang elok penglihatannya juga gemar menggayakan kaca mata hanya untuk berfesyen. Sis ada dengar satu ungkapan ni mengatakan “tak rabun tapi nak pakai spec. Lepasni mungkin trend tak mati tapi nak pakai kain kapan” . Begitu la netizen zaman sekarang. Ada saja nak kritik. *jelingan membunuh*

So jom tengok 8 carta hijabis yang memakai kaca mata. Stailo melo!

1)  Yatt Mohd Noor

Pilot Glasses 

yatt 800 new

Sumber : yattmohdnoor

Jenis kaca mata ini dipanggil kaca mata pilot. Kebiasaannya, jurutera yang akan memakai kaca mata jenis ini. Namun, ianya sudah menjadi trend terkini. Kaca mata ini juga sesuai untuk bentuk muka yang kecil supaya keseluruhan muka nampak balance dan menonjol. Pilih la rona hitam untuk kelihatan muda dan stailo melo!

 

2)  Khalida Kamaruzaman

Pantos Glasses

khal 800 2

Sumber : khalidakmrzmn

Ini pula namanya pantos eyeglasses. Kalau nak tahu, kaca mata jenis ni zaman 50′ 60an dah pakai tau. Kiranya, zaman sekarang ni sebenarnya banyak back to oldies. Pantos eyeglasses ni pula, sesuai untuk si wajah berbentuk bujur. Rona hitam dan coklat gelap sentiasa menjadi pilihan anak muda untuk mereka kelihatan kekal muda, mungkin?

 

3)  Fatimah Zahra Othman

Round Eye Glasses

timah 2 round 2

Sumber : fatimah_zahraoth

Kaca mata jenis round eye ini selalu menjadi pilihan hijabis zaman sekarang. Bukan sahaja yang berhijab, malah gadis yang tak bertudung mahupun lelaki juga seringkali menggayakan kaca mata ini. Cool bukan? Tapi ada yang mengatakan kaca mata ni tak sesuai untuk sesetengah orang. Round eye glasses ni sebenarnya lebih sesuai untuk yang memiliki bentuk muka lonjong seperti model ni pakai. Nampak classy gitu! *tepuk tangan sekali*

 

4)  Farhanah Firdaus 

Aviator Glasses

faafirds 800

Sumber : faafirds

Aviator glasses adalah kaca mata paling terkenal & menjadi kegemaran hampir semua gadis-gadis mahupun jejaka di luar sana. Bentuknya yang stailo, classy & mudah dipadankan dengan apa-apa jenis bentuk muka. Terutamanya pabila disarungkan pada gadis yang berwajah kecil. Cantik gila okay! Lihat saja si model kecil molek ni gayakan aviator glasses ni. Stailo! Oh ya, aviator juga terdapat dalam bentuk kaca mata hitam. Bayangkan seorang gadis yang berwajah kecil memakai kaca mata hitam aviator berona hitam, fuh! Kalah Kendall Jenner!

 

5)  Rafidah

Square Metal Glasses

Frame yang berbentuk segi empat ini sesuai untuk wajah yang berbentuk petak & hati. Tak ramai yang berani menggayakan kaca mata ini kerana kurang keyakinan tentang bentuknya. Bagi hijabis yang pula, mereka boleh padankan kaca mata ini dengan gaya hijab ke belakang seperti model Rafidah ni. Yang penting kena yakin!

 

6)  Farah Azman

Moscot Eye Glasses

dian farra 6 NEW

Sumber : dianfarra

Kaca mata moscot ini juga salah satu yang paling terkenal & digemari ramai anak muda. Terutamanya gadis-gadis yang suka bergaya. Ada yang pakai hanya untuk berfesyen dan ada juga untuk kegunaan rabun mata. Jenis kaca mata ini sesuai untuk wajah berbentuk hati dan juga bujur.  Kaca mata Moscot ini sebenarnya ada kisah tersendiri dimana nama “MOSCOT” sendiri berasal dari bisnes generasi Moscot’s family.

 

7)  Nur Syuhada 

Square Wayfarer

Square wayfarer ini amatlah sesuai untuk gadis yang berwajah bulat seperti model ini. Bukan sahaja jenis ini, malahan kaca mata berbingkai bulat juga sesuai dengan bentuk wajah bulat. Siapa kata dengan berwajah bulat dan chubby tak comel bila pakai kaca mata? Itu semua dusta! Fesyen hanya memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Pabila adanya keyakinan, maka kamu akan berasa yakin dengan apa yang kamu pakai dan berjalan dengan penuh keyakinan. Self confidence is the best outfit. So be confident! haa gitu..

8)  Irdina Sorfiena Azmi

sofyy NEW

Sumber : srfnazmi

Kaca mata bulat seperti yang sis katakan awal tadi, juga sesuai untuk gadis yang berwajah bulat. Ianya akan menambahkan kecomelan wajah kamu. It’s fashion. Lihat saja model ini menggayakan kaca mata ini dengan mengenakan solekan yang bold. Stailo melo!

Love, Lily