8 LIPSTIK JENAMA LOKAL INI SETARAF ANTARABANGSA. SANGAT RECOMMENDED!

8 LIPSTIK JENAMA LOKAL INI SETARAF ANTARABANGSA. SANGAT RECOMMENDED!

Makeup

Perempuan ada satu hobi dimana mereka gemar kumpul lipstik! Jenama berlainan tetapi warna sama atau lebih kurang. Dalam handbag pun mesti akan ada 2 3 jenis lipstik. Betul tak kaum wanita sekalian? 

Local brand sekarang dah macam satu trend. Semakin ramai anak Malaysia yang berani mengeluarkan produk kecantikan termasuk selebriti. Kebanyakan jenama tersebut diambil berdasarkan nama founder. Lebih membanggakan lagi, ada antara jenama tempatan tersebut kualitinya setanding jenama antarabangsa! 

Ohfesyen senaraikan 8 lipstik jenama tempatan yang setanding jenama antarabangsa! 

1)  Alha Alfa Cosmetics

2345xi

Bermula sebagai seorang mekap artis dan semakin dikenali ramai. Alha Alfa akhirnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk kosmetik jenamanya sendiri. Alha Alha Cosmetics melancarkan produk demi produk selepas mendapat banyak sambutan hangat. Mempunyai 6 rona lipstik yang trending dan tekstur matte yang smooth pasti menambat hati setiap pelanggan!

ALHA 800

Foto — Alha Alfa Cosmetics Instagram

Oh ya! Foundation Alha Alfa pun the best! Boleh kalahkan Nars, MAC katanya.

Harga : RM40

Mana Nak Beli? 

Website | Instagram | Agents

2)  Anasism

anas 800

Foto — Website Anasism

 Mempunyai pengikut 166 ribu di Instagram, ini membuktikan Anasism makin digemari ramai. Anasism ditubuhkan pada Ogos 2017 oleh founder, Annas Easkey dimana Anasism mendapat inspirasi daripada masalah yang dihadapi wanita Asia setiap hari, “matching shade”.

ANNAS

Foto — Anasism Instagram

Anasism mengeluarkan koleksi pertama yang bertemakan rona nude. Koleksi terbarunya pula terdiri daripada 6 rona lipstik (Chanela, Elena, Hamida, Fatema, Jamela and Amara) yang super stunning dan sesuai untuk semua tona kulit.

ANNAS 2

Foto — Anasism Instagram

Harga : RM49.90

Mana Nak Beli? 

Website | Instagram | Agents

3)  Sugarbelle Cosmetics

A

Foto — Sugarbelle Cosmetics Instagram

Salah satu jenama kosmetik tempatan yang kini berada di Guardian! Kalau dah masuk Guardian tu bermakna Sugarbelle semakin dipercayai ramai. Ditubuhkan pada tahun 2015 oleh 2 founder yang cukup hebat, Belle Alyahya dari Bella Ammara & Eyqa Sulaiman dari Sugarscarf. Koleksi lipstik terdiri dari semi matte yang mempunyai Argan oil dan juga lipcream jenis matte. Mempunyai pelbagai warna yang sesuai dengan semua tona kulit!

800 sugarbelle

Foto — Sugarbelle Cosmetics Instagram

Harga : Velvet Lipstick RM52 | Absolute Matte Lipcream RM62.60

Mana Nak Beli? 

Fashionvalet | ZaloraInstagram | Agents

4)  Breena Beauty 

breena 800

Foto — Breena Beauty Instagram

Dari seorang blogger menjadi seorang businesswoman! Founder, Sabrina Tajudin mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan pada tahun 2014. Breena Beauty mempunyai 6 rona lipstik jenis matte liquid. Selain lipstik, Breena Beauty juga menjual span mekap dan set berus mekap yang super comel!  

800 sugarbelle 2

Foto — Breena Beauty Instagram

Harga : RM39

Mana Nak Beli? 

Website | Instagram | Agents

5)  Madame Izara 

izara aishah 2

Foto — Madame Izara Website

Sebut saja jenama Madame Izara pasti ramai yang boleh agak siapa founder jenama ini. Siapa lagi kalau bukan Izara Aishah yang punya bibir mungil ni! Formula lipstik Madame diperbuat di Jerman dimana ianya sangat berkualiti tinggi. Tekstur lipstik yang ringan dan tahan lama sesuai untuk mereka yang seharian sibuk. Apa yang lebih menarik, lisptik ini tidak akan menegringkan bibir kamu seperti beberapa jenama lipstik yang lain. Jadi bibir kamu akan kekal lembap! 

madame 800 2

Foto — Madame Izara Instagram

Koleksi Madame Izara terdiri dari 3 rona lipstik, Harith, Noah, Luth. Menawarkan pelbagai jenis combo yang boleh menjimatkan pelanggan contohnya, lipkit (Matte Lip Stain, Lip Liner, Sharpener) dengan hanya RM88 sahaja.

Harga 

Lipliner RM48

Matte Lip Stain RM55

Mana Nak Beli? 

Website | mySMINKInstagram | Agents

6)  Velvet Vanity 

velvet 800

Foto — Velvet Vanity Instagram

Ditubuhkan pada March 2016 oleh Founder, Adlina. Seorang perfectionist, Adlina akan buat research yang mendalam tentang sesuatu sebelum mengeluarkan produk barunya. Baginya, keunikan adalah satu kelainan. Lipstick by Velvet Vanity ini adalah jenis liquid matte tetapi tidak akan mengeringkan bibir.

velvet vanity

Foto — Velvet Vanity Instagram

Terdiri dari 10 variasi warna yang trendy! Juga terdapat dalam bentuk kombo.

Harga 

Liquid Matte Lipstick RM59

Kombo 9 warna RM360

Mana Nak Beli? 

Website Instagram | Agents | Zalora 

7)  DIDA For Women

dida NEW 2

Foto — DIDA for Women Instagram

DIDA for women ditubuhkan pada May 2016 oleh 2 rakan baik, Tengku Chanela Jamidah dan Didie Nasir. Produk pertama mereka adalah velvet matte lip krim. Mempunyai 10 rona lipstik dan terkini DIDA menghasilkan lebih banyak rangkaian lipstik seperti Lip Glide dimana bentuknya seperti pen. Selain lipstik, DIDA juga mula mengeluarkan produk mekap termasuk eyeshadows dan eyeliner!

DIDA DIDA DIDA

Foto — DIDA for Women Instagram

Look at one of the colours! Cantik sangat. Admin love love love!

Harga 

Velvet Matte RM45

Creme Liquid RM45

Matte Lip Glide RM42

Mana Nak Beli? 

Website Instagram | Zalora  | Fashionvalet 

 

8)  Chique Cosmetics

cover CC 2

Foto — Chique Cosmetics Malaysia Website

Chique Cosmetics ditubuhkan pada April 2016 oleh dua pengasas dari latar belakang seni bina, Qistina Kamarulzam dan Firdaus Mohamad. Mereka memilih tema yang fun, Pop Art, warna terang untuk jenama ini. Mereka juga membuat jenama mekap ini untuk kelihatan muda dan ceria.

CQ

Foto — Chique Cosmetics Malaysia Instagram

Mempunyai 2 jenis lipstik, liquid lipstik (get naked) dan juga jenis stik (sandystix). Oh! Mereka juga ada menjual lip skrub. Ada 3 flavour iaitu Soda Grape, Very Berry & Tutti Fruitti.

Harga 

Get Naked RM39

Sandystix RM39

Mana Nak Beli? 

Website Instagram