9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA

9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA

Out & About

Bismillah.

Dear journal,

Baru-baru ni aku terpanggil untuk cakap isu pemakaian tudung, atau lebih tepat lagi pemakaian untuk menutup aurat dalam masyarakat kita. Walaupun dah buih-buih ustazduk pesan, tapi masih ada yang duk lupa dan lupa.

So, harini meh aku kongsi sikit antara cara salah dalam menutup aurat kepala.InsyaAllah, lepas ni aku akan extend kat badan pulak. Kita satu demi satu dulu, alrite!

Jangan lupa pesan kat keluarga perempuan, kawan-kawan, bini atau BAKAL bini korang. Yang penting, mudah-mudahan perkongsian ni jadi peringatan berguna untuk aku yang selalu lupa dan untuk korang.

Yang terasa tu, jangan sentap je. Jom ler berubah. Dan maaflah kalau bahasa akubrief kasar sikit. Aku cakap direct je. Ambik yang jernih, buang yang keruh ya.

*********************************************************************************

CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.

  Bila sorang perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2 ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuihmacam ni nampak selekeh.
  Lagipun, sehelai rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi maucerita?
CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah Dada.
  Jika anda rasa anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda silap besarjugak.
  Kenapa? Sebab ‘harta‘ kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau simpan? Bakal suami pun lari, ‘harta‘ dia dah kotor. Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa‘, mudah-mudahan diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.
  Ada kata tak selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah. Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.
  Boleh je pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..
CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk Leher.
  Ya, aku faham ikut fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat kerana ketat.
  Selalunya kalau ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.
 
CARA 4 : Tudung Ada Bonggol Pelik.
  Kalau buat sanggul tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, makaHARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami mintak, maka boleh.
  Still, aku nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak.. Tapi takde labonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku terfikir. Ada ke suami yang nak tengokbini dia jadi alien??
resinilluminati.com
  Tapi takpe la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la.. Pandai-pandai la fikir sendirilawa ke tak. [Bahaya ni. Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku jadi alien, wakaka!]
CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup Bahu!
  Yang ni selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahula.
  Jangan risau.. Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada la tudung elok tutup bahu.
  Tak kisah la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau wei, gurau. Jangan maki aku.
CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk Telinga.
  Pergh, punya detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat. Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang tak sedar diorang pakai tudungtu nampak bentuk cuping telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.
  Maka sebelum keluar rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telingatu, ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah menunjukkan aurat.
  Sama jugak bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua lapis.
CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah Dada.
 
  Pergh, aku pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu licin, bentuk buah dada nampak.
  Lawa dah lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab tu la akutak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung jugak, kena dua lapis.
CARA 8 : Tudung Ada Hiasan Tambahan.
  Bukan jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat, akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik wanita?
  Nak hias, hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak suka tengok, jadi udah-udah la tu.. 
 
 
 
CARA 9 : Dagu?? Adakah Dagu Itu Aurat????
 
 
  Ramai muslimah persoalkan. Adakah dagu tu aurat?? Kita sudah maklum, aurat dalamsolat adalah SAMA dengan aurat semasa luar solat. So time solat kita tutup dagu. Luarsolat??? Haaa… Sebab tu kebanyakan orang berpurdah salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir.
  Untuk pengetahuan korang, dagu sebagai aurat ada banyak pandangan daripada paraulamak. Ada yang kata dagu sebahagian dari leher, maka aurat. Ada pulak kata dagu sebahagian daripada muka, maka bukan aurat. Dan terdapat had-had dagu yang dibahaskan.
personalgenomes.org
  Tulang dagu tu bukan aurat tapi bahagian isi dagu menuju ke leher itu aurat. Rujuk katSINI. Tapi untuk langkah keselamatan, aku tutup jugak bahagian dagu. Kalau dalam gambar tak nampak bentuk isi dagu, maka aku rasa selamat. Kalau kat luar la, aku khuatir. Korang pilih la nak ikut mana, ok.
  Sesungguhnya pengetahuan atas segala-galanya adalah milik Allah SWT.
 
  Allahhua’lam.
Share dari: http://jurnal-fikir.blogspot.my/2012/04/9-cara-salah-dalam-menutup-aurat-kepala.html