9 Tempat Paling Cantik Untuk Yang Suka Melancong Sambil BerOOTD. Let’s Go Fashionista!

9 Tempat Paling Cantik Untuk Yang Suka Melancong Sambil BerOOTD. Let’s Go Fashionista!

Out & About

 

Buat Mereka Yang Sukakan Gambar Yang Cantik Untuk Ditayangkan Di Media Sosial, Boleh Ikuti 9 Tempat Paling Cantik Yang Korang Boleh Pergi  Ber”OOTD” Sambil Menikmati Pemandangan Yang Indah. Barulah Hipster! 

 

#1 Riomaggiore, Itali

Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri daripada batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.

 

#2 Willemstad, Netherlands Antilles

Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda.

Bangunan beli-belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.

#3 La Boca, Buenos Aires, Argentina

Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.

#4 Longyearbyen, Svalbard, Norway

Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau Artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatar belakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.

#5 Wroclaw, Poland

Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom.

 

#6 Lima, Peru

Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza.

Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan ‘art nouveau’ menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.

#7 Nyhavn, Copenhagen, Denmark

Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni.

Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.

#8 Jodhpur, India

Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru.

Apabila dilihat dari atas, bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.

#9 Guanajuato, Mexico


Guanajuato, Mexico at dusk from a nearby hill.

Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan seni bina kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.

 

Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.

Buat hijabi yang suka melancong ke luar negara, 9 bandar ini harus anda tandakan di diari melancong anda! Namun, sentiasa pastikan anda bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Malang tidak berbau. Selamat melancong!

Kongsi dari : Hijabista