9 Tip Untuk Buat Kamu Kelihatan Flawless Tanpa Mekap

9 Tip Untuk Buat Kamu Kelihatan Flawless Tanpa Mekap

Kecantikan

Pernah Terfikir Tak Berapa Lama Kamu Harus Bergantung Kepada Mekap Untuk Kelihatan Flawless? Sehinggakan Tak Yakin Ke Luar Rumah Tanpa Mekap.

Pertama sekali, kamu perlu merawat kulit wajah untuk kelihatan cantik tanpa mekap. Lagipun, kulit yang bebas tanpa mekap lebih baik kerana ia perlu bernafas dan bebas daripada sebarang calitan solekan. Cuba lakukan tip yang Cosmo senaraikan ini dan kamu akan lebih yakin tanpa mekap. Mungkin juga kelihatan lebih cantik dan yakin dengan wajah bebas solekan.

Baiki Tona Warna Kulit

Tona kulit tidak sekata boleh dirawat dan memakan masa hanya sebulan, jika betul-betul rajin melakukannya. Salah satu tip untuk tona kulit sekata ialah dengan menggunakan campuran serbuk kopi organik dan susu rendah lemak sebagai masker wajah. Lakukan setiap pagi selepas membersihkan wajah dan bilas selepas 15 minit dengan air suam. Minum teh chamomile dengan sesudu madu setiap pagi juga membantu kulit kamu lebih segar dan sekata.

Bulu Mata Lebat Dan Panjang

Bulu mata lebat dan panjang membuatkan wajah kamu tampak muda dan segar. Oles gel aloe vera secara tipis di bulu mata sebelum tidur. Ataupun lakukan sahaja fake eyelashes di salun, itupun kalau kamu mampu bertahan menjaganya.

Rambut Berkilau Dan Sihat

Rambut yang kering dan rosak antara faktor membuatkan kamu nampak tua dan tak berseri. Lakukan rawatan rambut di rumah dengan mengoles minyak zaitun ataupun minyak kelapa dara setiap pagi. Tak perlu sampai berbotol-botol, cukup sekadar setitis di tangan sebelum mengusap rambut di bahagian hujung.

Kulit Tangan Yang Lembap

Kulit tangan juga perlu sentiasa lembap! Jangan malas oleskan losyen tangan. Ada banyak pilihan jenis losyen seperti yang berasakan minyak zaitun ataupun aloe vera.

 

Singkirkan Kulit Mengelupas

Kulit kering dan mengelupas bermakna tubuh kamu mengalami dehidrasi. Minum air kosong 7-8 gelas sehari dan lakukan rawatan skrub wajah. Oleh kerana ia terlalu kering, gunakan campuran gula, madu dan minyak zaitun dan skrub wajah perlahan-lahan.

Kuku Yang Sihat

Kuku sihat dan bersih menaikan seri wajah! Mungkin kamu rasakan kuku dan wajah tiada kaitan langsung. Tetapi kuku juga memainkan peranan penting untuk tampak flawless. Rendam kuku dengan air suam bersama perahan lemon selama 15 minit. Kuku kamu pasti berkilat dan untuk yang sukakan rias kuku, pilih warna pastel dan bukannya warna gelap.

 

 

Bibir Kering? Euw

Gunakan madu dan gula perang untuk skrub bibir setiap pagi. Ia akan membuatkan bibir kamu merah menyala dan lembap tanpa sebarang kulit kering yang menyakitkan mata!

Good Bye Eyebags!

Sejukkan sudu di dalam peti ais selama 10 minit dan letakkan di bawah mata untuk meredakan bengkak dan lingkaran gelap. Kamu juga boleh gunakan uncang teh dengan merendamkannya terlebih dahulu sebelum memerah lebihan air dan simpan di dalam peti ais sehingga ia sejuk.

Kulit Bersinar Kemerahan

Lakukan skrub dengan tomato yang dibelah dua dan taburkan gula ke permukaannya. Skrub ini bukan sahaja selamat dan berkesan, malah akan membuatkan wajah kamu berseri kemerahan, seperti memakai pemerah pipi. Lakukan tiga kali seminggu, ketika mandi waktu pagi dan biarkan ia selama 10 minit sebelum bilas dengan air dingin.

 

Kongsi dari : Cosmopolitan