Antara Jenama Lipstik Selebriti Tempatan

Antara Jenama Lipstik Selebriti Tempatan

OOTD

Sejak kebelakangan ini, ramai golongan kita yang kian meningkat naik dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja golongan biasa, malah golongan selebriti yang punya pendapatan tinggi juga semakin aktif berbisnes. Bijak dalam pelaburan wang, ramai selebriti yang menggunakan status selebriti sebagai peluang untuk menceburi bidang bisnes. Terutamanya selebriti wanita yang rata-rata mencuba nasib dalam perniagaan di mana mereka lebih kepada keluaran produk kecantikan. Curlass gitu.

siti 6 800

Justeru kamu boleh memberi sokongan terhadap selebriti tempatan yang mengeluarkan produk Malaysia sekali gus menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Support lokal lah!

Jum tengok OHFESYEN tampilkan 3 produk keluaran selebriti tempatan

# Shade Dough by Hanis Zalikha

shade dough

Instagram : @shadedough

Sebagai seorang selebriti yang bergelar isteri dan ibu, Hanis Zalikha masih mampu membahagikan masanya untuk perniagaan yang diceburi. Selepas keluaran produk kesihatan & kecantikan yang dilabel sebagai Tourjours yang semakin mendapat sambutan, Hanis Zalikha mengeluarkan produk solekannya sendiri iaitu lipstic yang diberi nama Shade Dough. Hadir dalam pelbagai rona antaranya Berry Blanched, Creme Caramel, Rose Taffy, Peach Puree, Cinnamon Rolls, Cherry Sorbet & banyaaaaak lagi! Kak Diva nak nangis tengok semua warna tu *letak eyemo dalam mata*. Dapatkan lipstik keluaran Hanis Zalikha dari agen yang berdekatan anda!

Hanya dengan RM 50- RM 55 sahaja.

KLIK sini → @shadedough

# MADAME by Izara Aisyah

madame by izara

Instagram : @izaraaishahofficial

Mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk menghasilkan lipstik keluaran sendiri, akhirnya impian Izara Aisyah kini semakin tercapai bila mana produknya bakal dilancarkan pada hari khamis bersamaan 8 Jun 2017. Menurut Izara, packaging produk lipstiknya hanyalah untuk sementara dek kerana tidak sabar untuk peminatnya mencuba tekstur lipstik keluarannya. ” I just can’t wait to let you try out the texture! ” – Izara Aisyah. Macam best je sampai tak sabar Izara nak lancarkan! I alls tazabar nak grab atleast one! hiks. 

Pergi usha instagram milik Izara Aishah sekarang! 

# SimplySiti by Siti Nurhaliza

simply siti

Dato’ Siti Nurhaliza yang merupakan selebriti paling popular juga sudah mendahului bidang perniagaan kecantikan. Produknya yang kian mendapat sambutan pelanggan, kini sudah pun berada di serata tempat. Antara keluaran produk kecantikannya adalah lipstik. Terdapat dalam pelbagai jenis dan rona, Dato’ Siti meletakkan harga yang sangat berbaloi dan affordable! Antara produk lipstik Dato’ Siti adalah Argan Wonder lipstik, Simply Elegant lipgloss & keluaran terbarunya pula D’Or Collection. Bagi mereka yang jarang keluar rumah ataupun malas nak ke shopping mall, korang boleh beli lipstik ini dengan hanya menggunakan jari jer! Dekat mana? Dekat mana lagi kalau bukan FashionValet. hiks. Go & Get it now girls!