Apa Dan Kenapa Teknik ‘Baking’ Penting Untuk Mekap?

Apa Dan Kenapa Teknik ‘Baking’ Penting Untuk Mekap?

Makeup

maxresdefault-1-1024x683

Terdapat pelbagai jenis teknik untuk mekap lebih tahan lama tapi apa yang penulis ingin kongsikan hari ini ialah teknik yang tidak ramai orang gunakan (kecuali mekap artis). Iaitu teknik baking, opss! Bukan baking yang nak belajar bakar kek tapi nak belajar cara nak bakar bedak asas (mekap) untuk ia bertahan lebih dari 8 jam. 
Sudah menjadi perkara lazim untuk penulis menggunakan teknik baking setiap kali sesi bersolek. Ia dipercayai dimulai oleh drag queen untuk keberkesanan mekap tahan lebih lama dan meninggalkan kesan mekap lebih flawless dan kurang berkerak. 

baking-makeup-1

Foto – Loepsie

Mula-mula penulis ingat sukar untuk menghasilkan teknik baking, walhalnya sangat mudah bila tiap-tiap hari melakukannya.

Langkah teknik baking:

Setelah selesai mengaplikasi bedak asas dan concealer di wajah.
Ambil bedak tabur (loose powder) kemudian letakkan dikawasan muka berminyak. Kalau penulis, biasanya dibahagian bawah mata, pipi, hidung dan dagu. 
Tunggu selama 5 minit sehingga 10 minit untuk kesan lebih tahan lama. Sambil menunggu anda boleh merapikan kening, siapkan eyeshadow dan sebagainya. 
Selesai baking, ambil bedak kompak dan sapukan pada bahagian yang telah dibaking. Seterusnya boleh lah anda terus persiapkan contouring dan selesai! 


Tonton tutorial baking dari Patrick Starrr

Menurut Patrick dalam video tutorialnya, teknik baking juga boleh menjadi kalis air dan anda boleh berenang dengan mekap! 

Ramai dikalangan rakan-rakan penulis tidak biasa dengan teknik baking kerana bagi mereka hanya yang profesional sahaja yang boleh melakukan teknik tersebut. Cuba buang tanggapan itu dan biar diri anda merasa sendiri bagaimana mendapatkan teknik mekap profesional dari air tangan sendiri.

Bukan sahaja dapat ilmu baru, malah mekap harian anda kini lebih tahan lama. Penulis sentiasa mendapat soalan ‘kenapa bedak asas selalu tampak flawless?’. Rahsianya ‘teknik baking‘! 

Kongsi dari : Wanista