Apa Rahsia Di Sebalik Victoria’s Secret? Siapa Victoria Sebenarnya?

Apa Rahsia Di Sebalik Victoria’s Secret? Siapa Victoria Sebenarnya?

Out & About

Jenama Victoria’s Secret Diasaskan Pada Tahun 1997 Di San Francisco, California. Victoria’s Secret Yang Terkenal Dengan Pakaian Dalam Wanita Ini Kini Semakin Terkenal Dengan Produk Kecantikan Terutamanya Produk Wangian.

Pernahkah Kamu Terfikir Siapakah Dibalik Tabir Atau Pengasas Atau Siapakah Victoria Sebenarnya? Mungkin Ramai Yang Membuat Tafsiran Sendiri Bahawa Victoria Adalah Pengasas Jenama Tersebut. Ohfesyen Kongsikan Sejarah Jenama Ini Yang Dipetik Dari Rencana EH!

 

 

Sempena tibanya malam kemuncak Victoria’s Secret Fashion Show 2017 malam tadi, Cindy Crawford sempat memuat naik sebuah video lama dari arkib beberapa orang model Victoria’s Secret yang diajukan soalan legenda, “Siapa dia Victoria?”

 

Boleh kata majoriti jawapan yang diberikan adalah jenaka, tetapi balik kepada soalannya : Siapa sebenarnya Victoria dan apakah rahsia?

 

 

Sebenarnya, jenama pakaian dalam mewah itu dinamakan berdasarkan nama Ratu Victoria dan merujuk kepada pantang / keaslian tersembunyi pada pakaian dan seluar dalam pada masa itu.

 

Syarikat tersebut pada mulanya diasaskan oleh seorang usahawan bangsa Amerika bernama Roy Raymond dan isterinya, Gaye pada tahun 1977. Menurut pada laporan, Raymond mahu membeli pakaian dalam yang cantik buat isterinya, tetapi tidak dapat mencari sebarang pakaian dalam yang serba-serbi dan dia merasakan seakan tidak diundang di dalam kedai tersebut.

 

“Pabila saya cuba untuk membeli pakaian dalam untuk isteri saya, saya berhadapan dengan rak jubah terry dan pakaian malam nylon cetakan bunga yang buruk, dan saya selalu merasakan penjual di kedai tersebut menganggap saya sebagai penceroboh yang tidak diundang,” ujarnya kepada Newsweek pada ketika itu.

 

Roy Raymond – pengasas Victoria’s Secret

Sejurus meminjam wang dari iparnya dan dari sebuah bank, Raymond menubuhkan Victoria’s Secret yang mana dinamakan berdasar nama Ratu kerana dia membayangkan kedai-kedainya kelihatan seperti Boudoir era Victoria dan ingin membangkitkan rasa sofistikasi dan kesesuaian mengikut zaman Victoria sementara berpindah ke ‘rahsia’ di bawah pakaian dalam ciptaannya.

 

Selepas membuka kedai pertamanya di Palo Alto, California, Raymond mula ingin untuk membuka lima kedai lagi dan melancarkan katalog pakaian dalam 42 muka. Dia kemudian menjual perniagaannya pada nilai USD1 juta kepada The Limited’s Leslie Wexner.

 

Kurang dari sedekad selepas itu, syarikat itu mencecah nilai hampir USD1 bilion. Raymond mati tragis dengan membunuh diri selepas terjun dari jambatan Golden Gate di San Francisco.

 

Walaubagaimanapun, kini jenama pakaian dalam Victoria’s Secret merupakan pakaian dalam yang paling terkenal di dunia yang mana juga mempunyai banyak cawangan yang melibatkan produk kecantikan, pakaian mandi, pakaian dalam wanita dan produk penjagaan kulit.

Kongsi dari : EH!