Baju Pengantin Tunku Aminah Hasil Tangan Banduan

Baju Pengantin Tunku Aminah Hasil Tangan Banduan

Wedding

Baru-baru ini, berita perkahwinan Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah bersama jejaka pilihan hati Dennis Muhammad Abdullah, mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Istiadat perkahwinan itu juga mendapat pujian ramai kerana pakaian pasangan diraja tersebut cukup ringkas. Tunku Aminah kelihatan sangat cantik walaupun tampil sederhana.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang menyiapkan busana atau baju pengantin puteri Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah. Hasil tenunannya sangat halus dan cantik.

Menerusi akaun Twitter, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendedahkan, baju tersebut adalah hasil tangan banduan.

“Di majlis perkahwinan anak saudara perempuan, Tunku Tun Aminah. Memakai baju yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan saya…ditenun oleh banduan Penjara Penor.”

Rata-rata netizen menganggap baju perkahwinan Tunku Aminah dibuat oleh pereka fesyen terkenal tapi sebenarnya direka khas oleh ibu saudaranya sendiri yang juga Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Share dari : Hanasuva