Bermula Dari “Suka Suka Menjual”, Kini Sudah Miliki 5 Cawangan Butik Seawal Usia 24 Tahun! Ikuti Kisah Gadis Hebat Ini.

Bermula Dari “Suka Suka Menjual”, Kini Sudah Miliki 5 Cawangan Butik Seawal Usia 24 Tahun! Ikuti Kisah Gadis Hebat Ini.

Out & About

Kalau lelaki boleh, kenapa tidak wanita? 

“Jangan belajar berhenti separuh jalan” — Pengarah Urusan Sasuke Premium Outlet

edit 1 logo

 Di tengah-tengah kesibukan saya menulis artikel untuk disiarkan pada hari yang sama, saya mendapat satu panggilan dari majikan. Dengan pantas saya menjawab panggilan tersebut. Perasaan keliru, gementar tetapi gembira apabila saya dimaklumkan kami diberi peluang untuk melawat sebuah kilang di sekitar Klang. Kilang tersebut adalah milik keluarga usahawan yang merupakan pengilang butik usahawan muda itu.

Setibanya kami semua di kilang, kami susuri kilang itu dengan perasaan teruja. Wah! besar dan banyaknya bungkusan yang disusun rapi. Selepas sesi melawat kilang, saya mengambil kesempatan untuk menemu ramah usahawan muda tersebut. Siapa dia? Siapa usahawan yang memiliki 5 cawangan butik pada usia 24 tahun itu? Sebelum itu, jom kita tonton video lawatan sepanjang berada di sana! 

Hai Nurul! Boleh Nurul perkenalkan diri sedikit?

Hai! Nama Nurul Suhaidah, umur 26 tahun, graduan sains sukan UITM. Bisnes Sasuke sudah 3 tahun. Syarikat kilang pengimport pula sudah 12 tahun dalam import eksport pakaian terpakai.

Sebelum berniaga, Nurul ada pengalaman kerja atau bagaimana?

Sebelum berniaga bisnes ini, selepas grad, I jadi research assistant di UM selama setahun. Kalau latar belakang bisnes, bisnes suka-suka ada la. Semasa di UITM dulu pernah berniaga dalam kelas. Semasa kerja pula, buat part time join event macam foodmega.

 

 

So daripada awal minat berniaga itu memang ada?

Minat itu tidak ada. Cuma seronok. I bekerja sebagai reserch assistant. Daripada duduk sahaja, buat kerja key in data, keluar untuk explore, dari situ I terfikir mungkin lebih baik I mula berbisnes.

 

 

Apa yang menyebabkan Nurul memilih untuk menjual barangan terpakai berbanding barangan baru? 

Bisnes sudah 12 tahun. Kalau ikutkan my uncle suruh I buat bisnes apa saja. I tidak suka buat kerja part time sejak daripada diploma lagi. Selepas degree, dia suruh buka coffee house macam coffee bean. Makanan ini leceh, kena belajar pasal makanan la, kena ada kelas kebersihan la, injection la, macam-macam. I cakap dekat my uncle, apa kata kita buat something yang you dah master? Maknanya I ada mentor. I buat salah ada orang nak tegur. Bisnes ini investment yang besar. Buat apa dia nak melabur dekat I yang I tak tahu pulangan dia dimana I kena mula dari A. Jadi dari situ kita mula dengan Sasuke. Material sudah ada. Cuma idea dan konsep macam mana kita nak jual dekat rakyat Malaysia. Sebab bundle ini sudah lama ada dekat Malaysia. Cuma macam mana kita nak yang lain tahu level bundle sekarang sebagai butik. Jadi, datanglah idea itu.

 

 

32247206_1754023541358258_7185589344017580032_n

Macam yang kita tahu, kedai bundle ini banyak dekat Malaysia. Malah, sekarang ada yang sudah bergiat aktif berniaga di media sosial. Jadi apa keunikan produk Sasuke Premium Outlet yang mungkin tiada di kedai bundle lain?

Pertama, ofcourse sebab dia adalah butik konsep. Perempuan dekat Malaysia susah nak masuk kedai bundle. Sebab tidak selesa. Macam I sendiri, I nak cari seluar tracksuit mesti pergi bundle sebabnya murah, RM15. Tapi tidak boleh cuba. Bau satu hal, tahu la perempuan ini nak yang murah, tapi nak wangi. Jadi, bila kita nampak apa kita rasa itu, itu yang kita buat di Sasuke Premium Outlet.

Kedua, uniknya adalah barang kita sendiri. Kita adalah pengilang, kita la pengeksport. Jadi kita ada unlimited materials. Kalau orang lain, mungkin mereka kena beli daripada orang lain. Tapi macam kita, kita ada selera kita sendiri. Kita boleh sediakan barang itu. Cuma masalah yang masih sama, sizing. Jepun punya saiz dengan Malaysia punya saiz jauh sangat! hahahahaha…Contoh jeans, kita banyak terima saiz 27 28, Malaysia tidak muat saiz macam tu.

 

 

Bagaimana pula dengan kekerapan Sasuke Premium Outlet muncul dengan koleksi terbaru bagi tempoh sebulan?

Untuk kekerapan pula, kita pakai ID. Walaupun kita bundle, tetapi kita ada ID setiap barang yang masuk. ID itu berdasarkan pada siapa yang masuk dulu, dia akan keluar selepas 15 hari. Maknanya, barang masuk 1 haribulan, 15 haribulan dia akan keluar dari Sasuke. Kita akan return semula ke kilang. Sebab kita hanya jual barang yang boleh dijual dalam masa 15 hari sahaja. Kalau tidak boleh jual, kita tidak akan jual. Cukup masa, kita buang. Walaupun barang premium ke, limited edition sekalipun kita akan keluarkan. Dari segi restock harian, setiap hari memang akan restock. Contohnya hari ini terjual 200 helai, kita topup 200 helai.

 

 

DSC_3249

Restock setiap hari mesti ada banyak jenama yang masuk. Agak-agak berapa banyak jenama yang terdapat di Sasuke Premium Outlet? Boleh Nurul senaraikan beberapa jenama? 

Jenama banyak. Contohnya, sports. Kita ada Nike, Adidas, Asics, Fila. Itu baru sports punya jenama. Kalau koleksi jeans pula, Levis, Edwin, Denim, Mamotaro, Sugarcane. Kalau nak cakap harian punya, you name it. Uniqlo, Zara, H&M, Forever21, Cotton On. Kadang-kadang Giordano pun kita dapat. Sedangkan Giordano adalah jenama Malaysia. Tetapi kita tidak akan ambil. Walaupun japanese punya pasaran. Malaysia punya pemikiran “Giordano ni Malaysia, kenapa ada dalam ini?” Jadi kita tak nak benda remeh temeh itu. Sama seperti kasut. Kalau kasut perempuan, kita dapat jenama Sembonia, walaupun kondisi 90% boleh dijual.

 

 

Since barang berjenama, bagaimana Nurul menentukan harga barang tersebut?

Kita ada lebih kurang 60 harga berlainan untuk satu kategori. Contoh, 100 kilo baju lelaki, dalam baju lelaki itu ada baju men polo & men tshirt. Jadi, akan ada seorang grader yang akan menilai setiap helaian baju itu. Harga berdasarkan kualiti dan originaliti baju tersebut.

 

 

Sebagai manusia biasa, pernahkah Nurul berasa putus asa untuk berbisnes? Ya lah, kedai bundle dekat Malaysia ini banyak. Persaingan pun mesti sengit.

Malu la kan. My uncle 12tahun bisnes, kita baru 3 tahun sudah nak balik. Tapi ada. Sebab satu nature of business ini, kalau preloved dekat Malaysia, lelaki yang menguasai bidang ini 100%. Kira 99% la sekarang, hehe…Jadi bila perempuan cebur bidang ini, dia akan tanya, you ni ada ilmu ke? Contoh macam I tidak tahu pasal jeans, I tidak tahu sebab bukan kerja I nak belek satu persatu. Jadi kenapa I nak buat kerja itu? I punya fikiran, I akan hire grader yang berpengalaman 30 tahun untuk buat kerja itu.

 

 

27067802_1652274328199847_941467753474694506_n

Di Malaysia, barangan preloved mudah didapati. Bagaimana Nurul menarik pelanggan untuk memilih Sasuke Premium Outlet?

Perempuan susah masuk bundle. Macam mana kita nak tarik golongan itu? Purchasing power paling tinggi adalah dekat wanita. Asal lawa je beli. Jadi macam mana kita nak menukar bundle yang selalu lelaki masuk adalah pilihan wanita. Sebab itu kita tukar dia jadi butik. Perempuan ini dia nampak kedai ada aircond, colorful, dia akan masuk. Tetapi investment tinggi la. Bundle dulu pasang kipas sahaja, tetapi sekarang kena pasang aircond kena pasang TV, kena ada muzik. Jadi I kena selalu bekerja, selalu masuk mall, window shopping untuk cari idea. Kadang-kadang rasa macam..sebab ini baru 3 tahun. Jadi masa I umur 24, the biggest challenge, kita rasa macam.. orang lain umur 24, weekend tengok wayang, pergi travel, aku ni dekat keeedai je la. hahahaha…Kita punya kepuasan itu, bila kita tengok hujung tahun sales banyak ini. So ok la, tak apa la. hahaha..

 

 

Boleh tahan maju bisnes Nurul ini ya. Jadi apa pencapaian tertinggi yang pernah Sasuke atau Nurul sendiri peroleh?

Setiap tahun kita ada kolaborasi bersama RTM buat CSR. Setahun 3 kali. Tahun lepas kita adalah salah satu partner dengan Jabatan Kebajikan Malaysia di Masjid India, Jom Singgah. Di sana ada satu rumah untuk gelandangan. Jadi, kita akan bagi pakaian, kemudahan, rumah. Kalau nak cakap pasal kepuasan, itu lah yang paling seronok.

 

PromoRayaSasuke_1

5 tahun akan datang…

Kami lihat Sasuke ini semakin maju, ramai juga pelanggan walaupun hari bekerja. Dalam masa 5 tahun ini, Nurul ada apa-apa perancangan? Mungkin tambah cawangan?

Lagi 5 tahun, kalau orang lain mungkin dia target untuk buka lebih banyak cawangan. Tetapi I sudah tidak ada target untuk itu. Mungkin buat masa sekarang yang I target memang 5 cawangan sahaja. Bulan 10 ini kita akan start dengan e-commerce. Jadi target I dalam masa 5 tahun ini, kita punya e-commerce, bukan sahaja di Malaysia, kita boleh cover lebih banyak negara. Hot selling dekat Sasuke sebenarnya winter wear.

Koleksi winter kita untuk 2 bulan, kita boleh dapat 50 ribu untuk danau kota sahaja. Cawangan lain tidak termasuk. Sebab itu kita nak buat e-commerce hujung tahun ini. Sebab kita akan boost dengan winter wear. Bila orang yang beli winter wear, secara umumnya, tidak semua, adalah orang yang akan travel, dimana education itu lain, dia pnye purchasing power dia lain. Jadi kita target golongan yang macam itu. Bila pelanggan sudah tertarik dengan e-commerce kita, kemudian baru kita akan lebihkan pemilihan yang lain, contohnya beg lokal dari Jepun.