Betulkah Syampu Untuk Kulit Kepala Dan Perapi Untuk Rambut ? Lihat Tips Yang Diberikan Oleh Seorang Pekerja Salon Ini!

Betulkah Syampu Untuk Kulit Kepala Dan Perapi Untuk Rambut ? Lihat Tips Yang Diberikan Oleh Seorang Pekerja Salon Ini!

Kecantikan

Rambut adalah mahkota bagi wanita tidak kira bertudung atau tidak dan tidak dinafikan setiap wanita akan mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur, hujung bercabang dan macam-macam lagi masalah. Banyak juga produk di pasaran yang dikhususkan untuk mengatasi masalah rambut. Namun, sejauh mana keberkesanan produk-produk tersebut jika kita tidak mengamalkan tips penjagaan rambut dengan betul.

 

Seorang pengguna Twitter (@atyrawrr) yang juga seorang pekerja salon, telah berkongsi tips penjagaan rambut dengan betul dan mendapat perkongsian lebih daripada 5000 ‘retweet’. Jom tengok tips-tips yang dikongsi beliau! Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa setiap rambut kita semua lain-lain jadi apa yang berkesan untuk beliau tidak semestinya berkesan untuk orang lain. Namun tak salah untuk kita mencuba apa yang terbaik.

rambut16

#1 Syampu

Gunakan syampu yang mengandungi menthol jika mengalamai masalah kelemumur. JANGAN syampu rambut setiap hari, 2 kali sehari sudah memadai.

1

#2 Perapi

Fungsi perapi adalah untuk melembutkan rambut dan boleh di pakai setiap hari. Gunakan perapi hanya pada rambut dan elakkan sehingga terkena kulit kepala kerana ia boleh menyebabkan kelemumur dan kulit kepala berminyak. Hair mask juga befungsi sebagai perapi tetapi lebih kepada untuk rawatan rambut.

Beauty-conditioner-THS-655x353

#3 Serum

Fungsi serum adalah untuk memberi vitamin pada rambut. Gunakan serum hanya pada rambut sahaja. Bagi sesiapa yang sering menggunakan pengering rambut, disarankan untuk memakai serum selepas mengeringkan rambut untuk mengelakkan rambut terlampau kering.

applying-serum-hair-ccl-1

#4 Tonik

Fungsi tonik adalah untuk menguatkan akar rambut serta menambah pertumbuhan rambut baru. Gunakan tonik selepas mandi dan boleh digunakan ketika rambut basah dan kering. Diingatkan, tonik hanya dipakai pada kawasan kulit kepala sahaja dan bagus untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur dan kelemumur. Spraykan atau sapukan dan ratakan pada kulit kepala diikuti dengan urutan lembut dan tidak perlu dibilas.

woman-applying-hair-conditioner-t

#5 Rawatan Salon

Jika berkelapangan bolehlah membuat rawatan di salon-salon yang berpatutan harganya. Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah scalp treatment untuk masalah kelemumur dan rambut gugur dan hair treatment untuk masalah rambut kering dan kusut.

images

#6 Tips-Tips

  • Jangan mengikat rambut dengan terlalu ketat kerana akan menyebabkan rambut gugur.
  • Jangan mengikat rambut atau memakai tudung ketika rambut basah kerana boleh membuatkan rambut berbau. Seeloknya tunggu sehingga rambut kering.
  • Jangan menyikat rambut ketika rambut basah kerana akan menyebabkan rambut mudah rosak.
  • Tukar anak tudung selalu bagi yang memakai tudung bagi mengelakkan tudung dan rambut berbau.
  • Pakai tudung dengan jenis kain fabrik yang ringan supaya rambut tidak cepat berpeluh dan berbau.
  • Elakkan penggunaan minyak zaiton atau sebarang minyak pada rambut yang menyebabkan rambut berminyak dan berbau.

Rambut gugur adalah normal bagi manusia biasa namun jika terlampau banyak rambut yang gugur sehingga menjadi botak, bolehlah merujuk kepada yang pakar. Bagi masalah rambut beruban pula, ia disebabkan oleh faktor hormon, pemakanan, genetik dan tekanan. Tidak disarankan untuk mencabut uban tersebut namun boleh diwarnakan dengan mengguanakan inai.

PERINGATAN! syampu adalah untuk kepala dan perapi adalah untuk rambut. Syampu yang dipakai ketika mencuci rambut tidak menjadi masalah jika terkena kulit kepala namun elakkan daripada perapi rambut terkena kulit kepala. Gunakan syampu yang sesuai mengikut masalah rambut yang dialami.

Produk penjagaan rambut yang disarankan oleh @atyrawrr :

Selsun-Blue-Extra-Moisturizing-Treatment-Shampoo-600x600

Syampu bagi yang mengalami masalah rambut kelemumur yang teruk.

Untitled-1

Tonik rambut yang boleh didapati di Watsons atau Guardians.