BIAR BETUL?! Elfira Loy Shopping Mekap Cecah RM10K

BIAR BETUL?! Elfira Loy Shopping Mekap Cecah RM10K

Artis, Makeup

Sebut saja nama Elfira Loy, pasti buat semua rasa cemburu sekali gus kagum dengan wanita genit ini. Walaupun baru berusia 23 tahun, tetapi sudah cukup berjaya. Memiliki pelbagai aset diusia muda adalah suatu benda yang patut dikagumi dan dicontohi golongan muda. Agak-agak berapa income beliau sebulan? *sediakan 10 calculator*. Elfira Loy yang mula terkenal sejak drama Tentang Bulan ini bukan sahaja bijak membina nama, malah bijak melaburkan duitnya ke arah bisnes. 

Gaya Elfira Loy yang sentiasa up-to-date ini sesuai dengan personalitinya yang ceria! Walaupun baru sahaja berhijab, El tidak kekok dalam bergaya. Ada saja fesyen terbaru. Kalau dah namanya perempuan, shopping itu ibarat kawan baik. Elfira Loy juga seperti wanita lain yang tidak ketinggalan dalam bab bershopping! Tengok saja dia shopping pasti buat semua perempuan naik gila.

Siapa sangka El pernah menghabiskan wangnya bernilai RM10K HANYA MEMBELI BARANG MEKAP SAHAJA. Biar betul!? Dah boleh bayangkan betapa berjayanya wanita genit ini. So, apa kata kita tengok apa yang si Elfira Loy ni shopping sampai 10K dan jadikan video ini sebagai motivasi kamu untuk berjaya. Bila berjaya, mestilah boleh beli apa saja yang kita nak kan?  

Kalau korang nak buat apa dengan 10K tu?

Kredit video : Twink3l TV